khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 23 June 2012

serai -khasiat ubatan







Akar:
Dekoksi atau infusi diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, merangsang peluh, dan merawat selesema.

Daun:
Dekoksi digunakan pada bekas calar dan luka; digunakan sebagai air mandian untuk membaiki edaran darah, merawat badan berbau, bengkak, kayap, masalah berkaitan pembuangan air kecil dan pundi air kecil. Infusi diminum untuk tujuan mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, sebagai diuretik, pencuci mulut, perangsang sistem saraf, perangsang peluh, tonik umum, dan tonik perut, merawat asma, demam panas, masalah buah pinggang, masalah penghadaman, radang paru-paru, sakit gigi dan gusi, sakit otok, selesema, dan ibu lepas bersalin.

Rizom:
Infusi digunakan sebagai pencuci mulut untuk merawat masalah gusi.

Seluruh bahagian:
Dekoksi diminum untuk merawat batuk, batuk darah, sakit kerongkong, dan selesema.

Kandungan:
Batang dan daun serai – minyak esen (mengandungi aldehid isovalerik, bête-kariofilen, dipenten, furfural, geraniol, limonen, linalool, mircen, metilheptenon, neral, nerol, sitral, dan sitronelal).



sumber dari: dutaherbs.com.my