khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 23 June 2012

ayam serai pedas ala faa





Bahan-bahan:

3 keping dada ayam
1 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut
2 biji cili besar (ditumbuk)
6 biji cili padi (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
1/2 biji bawang besar kuning (dihiris bulat-bulat)
1 /2 biji tomato (dipotong 2)
1 sudu sos ikan
1 sudu sos tiram
Secubit gula
Secubit ajinomoto
Garam secukup rasa
Air
Minyak masak

Bahan hiasan:

Daun Sup

Cara memasak:

Masukkan minyak untuk menumis.
Tumiskan serai berserta kesemua bahan tumbuk sehingga naik bau.
Masukkan potongan ayam dan sedikit air.
Tambahkan bawang besar kuning dan daun limau.
Apabila ayam separuh masak, tambahkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto.
Kacau sehingga sebati.
Tambahkan garam secukup rasa dan buah tomato.
Kacau.
Biarkan sehingga masak.
Tutup api.
Sedia dihidangkan.
Taburkan daun sup.


sumber dari: faakiut.wordpress.com

ayam masak serai ala mamawandiha





Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:

6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.




sumber dari: mamawandiha.fotopages.com

minuman serai HPA



minuman-serai-hpa



Minuman Serai HPA dalam bentuk uncang telah dipasarkan dalam MLM HPA. Setiap uncang mengandungi 2 gm serbuk serai kampung yang telah dirawat.

SERAI merupakan sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat seperti lalang dan suri rumah sering menanamnya di belakang rumah berhampiran dapur. Batangnya yang berwarna putih keunguan atau kemerahan dengan daunnya tirus, melampai dan berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan.

Abu dari daun serai yang dibakar pula boleh dijadikan ubat senggugut. Caranya ambil satu sudu besar abu serai masukkan ke dalam segelas air panas dan dikacau hingga terlarut. Kemudian biarkan airnya menjadi hening dan minum sewaktu diserang kesakitan. InsyaAllah sembuh.
Kini orang ramai mempunyai alternatif untuk mendapatkan khasiat serai apabila HPA telah mengeluarkan dalam bentuk uncang teh, ia mudah disediakan di mana-mana sahaja dan mudah dibawa. Campuran teh serai ini dengan kapur makan juga boleh menghilangkan senggugut dalam tempoh tidak sampai 5 minit.
Beberapa kaji selidik yang dijalankan mendapati sitral dari pati minyak serai mengandungi anti-fungal dan tidak bertoksik serta berpotensi merawat masalah intim wanita.
Uncang serai keluaran HPA ini dihasilkan daripada proses serai jenis makan atau serai kampung ini juga sangat baik untuk mereka yang menghadapi masalah selalu kembung perut dan bertindak sebagai peluruh kahak.

Minuman serai HPA mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan dikeluarkan oleh kilang HPA yang bertaraf GMP di Jejawi Perlis ini dirawat dengan Inovasi Bioteknologi untuk mengekalkan keaslian rasanya yang semulajadi. Sebab itu rasa air minuman daripada uncang yang direndam dalam air panas selama beberapa minit itu enak kerana berjaya mengekalkan keaslian rasanya yang semulajadi.

Sekotak mengandungi 35 uncang. Setiap uncang mengandungi 2.00 gm serai kampung atau nama botaninya Strobilanthus Crispus.



sumber dari: duniaherbahpa.com

serai -khasiat ubatan







Akar:
Dekoksi atau infusi diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, merangsang peluh, dan merawat selesema.

Daun:
Dekoksi digunakan pada bekas calar dan luka; digunakan sebagai air mandian untuk membaiki edaran darah, merawat badan berbau, bengkak, kayap, masalah berkaitan pembuangan air kecil dan pundi air kecil. Infusi diminum untuk tujuan mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, sebagai diuretik, pencuci mulut, perangsang sistem saraf, perangsang peluh, tonik umum, dan tonik perut, merawat asma, demam panas, masalah buah pinggang, masalah penghadaman, radang paru-paru, sakit gigi dan gusi, sakit otok, selesema, dan ibu lepas bersalin.

Rizom:
Infusi digunakan sebagai pencuci mulut untuk merawat masalah gusi.

Seluruh bahagian:
Dekoksi diminum untuk merawat batuk, batuk darah, sakit kerongkong, dan selesema.

Kandungan:
Batang dan daun serai – minyak esen (mengandungi aldehid isovalerik, bĂȘte-kariofilen, dipenten, furfural, geraniol, limonen, linalool, mircen, metilheptenon, neral, nerol, sitral, dan sitronelal).



sumber dari: dutaherbs.com.my

air rebusan serai


Jika anda seorang yang tidak suka membazir wang. Kaedah serupa ini amat berguna untuk menjimatkan wang dan juga berkhasiat lagi bermutu tinggi.

Sekarang ramai orang ingin mengamalkan gaya hidup sehat. Seperti mengunakan bahan-bahan organik dan pemakanan sehat yang tiada berunsur kimia dan pengawetan. Amalan yang baik kita kongsi bersama.




Minum Air Rebusan Serai.

Ini adalah amalan orang dedulu dari nenek dan ibu saya. Senang sahaja air rebusan masukan beberapa batang serai yang telah di titik dan masak di api kecil agak lama sedikit dalam 30 minute atau lebih. Apabila air rebusan dan siap tunggu sehingga suam. Bancuhkan bersama madu dan limau nipis atau lemon. Selalunya saya buat lebih sedikit dan di simpan di dalam peti ais yakni keperluan seminggu.

Khasiatnya:

Adalah satu minuman yang sangat baik untuk wanita selepas bersalin, pembuangan lemak, pembuangan toxic dan menghindarkan sakit kepala. TERKINI ada fakta menunjukan bawahsahnya minuman air serai atau lemon grass ini dapat menangkis pertumbuhan kanser.



sumber dari: kualiburuk.blogspot.com

air serai berlimau





Bahan:

1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih


Cara:

Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.





sumber dari: secubitgaramnor67.com

serai penawar kanser





Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”




sumber dari: rawatanislam2u.com

halia n madu keluarkan kahak


madu


Untuk mencairkan kahak, ambil sepotong halia lalu diparut dan diperah.
Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit madu lebah asli dan minum.
Ini membantu memudahkan kahak keluar.



sumber dari: pama.karangkraf.com

singgang ayam halia



Singgang Ayam Halia


BAHAN-BAHANNYA :-)

1/2 ekor ayam sederhana, potong sederhana besar
1 tin cendawan butang, toskan airnya
3 inci halia, kupas dan hiris halus
5 biji bawang putih, diketul
2 camca besar sos tiram
3 camca besar kicap cair
Sedikit gula
1 liter air atau secukupnya
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
1 camca besar lada hitam biji, ditumbuk lumat

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 lain kecuali cendawan dan gula. Tuang air secukupnya, kacau dan jerang dengan api besar hingga mendidih. Kemudian perlahan kan api, biar renih hingga ayam 1/2 empuk.
  2. Masukkan cendawan butang tadi dan terus memasak hingga ayam lembut dan cendawan masak. Masukkan secubit gula, kalau kurang masin boleh tambah sedikit garam atau kicap cair.
  3. Boleh taburkan hirisan daun sup/daun bawang serta bawang goreng jika suka..


sumber dari: tiffinbiru.com

nasi halia


Nasi Halia


BAHAN-BAHANNYA :-)

500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1 liter air
3 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih, cincang
1 1/2 inci halia, dihiris nipis
1 kiub ayam "Maggi"
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan beras dan goreng sekejap beras tadi bersama bahan2 tumis.
  2. Alihkan bahan no. 1 ke dalam rice cooker. Hancurkan kiub pati ayam, kacau rata dan tambah sedikit garam, kacau lagi. Masak seperti kita memasak nasi biasa.
  3. Bila dah masak, gaul dengan chop stick, cukup 3 - 4 kali saja dibalik2kan nasi tadi untuk mengelakkan beras patah2. Biar nasi tanak.
  4. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang, jika suka....


sumber dari: tiffinbiru.com

Friday, 22 June 2012

halia bangkitkan nafsu?







Halia mungkin dianggap sebagai akar, tetapi sebenarnya ia adalah rizom atau batang tumbuhan yang tumbuh di dalam tanah, dan menjadi organ penyimpanan makanan.

Sebenarnya terdapat banyak jenis halia yang boleh dibezakan dengan warna kulitnya, sama ada kuning cair, putih atau kemerahan.

Halia memang sedap dimakan sama ada ia muda atau tua, dan dalam banyak budaya, halia digunakan sebagai ubat tradisional atau salah satu bahan rempah dalam masakan.

Halia muda lebih berisi dan mengandungi banyak air dengan rasa sedikit pedas. Manakala halia tua pula lebih berfiber, kering dan lebih pedas.

Jika tahan dengan rasanya yang pedas, halia boleh digunakan untuk, atau sebagai:

1. Antikoagulan atau bahan antigumpal; Anda boleh menambah halia dalam masakan atau sesudu kecil air halia segar dalam minuman untuk menikmati ciri-ciri antikoagulannya. Ia membantu platlet darah menjadi kurang kental, seterusnya mengurangkan risiko ateroklerosis (penyakit pada arteri apabila plak-plak berlemak berkembang pada dinding dalam, menyebabkan penyekatan aliran darah).

2. Membangkitkan syahwat: Cuba minum teh halia. Campurkan jus halia dengan air panas dan madu selepas makan. Lihat kesannya!

3. Mengubati selesema: Potong sedikit halia dan rebus dengan secawan air, jika suka, tambah sedikit teh hijau. Tapis dan minum semasa panas.

4. Batuk: Minum tiga hingga empat kali sehari air halia yang dicampur sedikit madu. Ia boleh melegakan batuk dan mengurangkan kahak.

5. Gangguan penghadaman: Tak sedap perut, pedih ulu hati, loya dan rasa nak muntah selepas banyak makan? Cuba minum campuran sesudu kecil jus halia segar, dan sesudu kecil jus limau serta jus pudina. Tambahkan sedikit madu untuk rasa lebih enak.

6. Keletihan: Hiris (bulat) halia dan rebus dengan segelas air. Masukkan sekeping kulit kayu manis, biarkan menggelegak, tutup dan biarkan selama setengah jam sehingga air berwarna keemasan. Minum air rebusan ini untuk menghilangkan rasa penat, terutama selepas baru pulih daripada demam. Air rebusan ini juga dikatakan baik untuk melegakan sakit-sakit otot.

7. Buang angin: Rasanya, ramai yang tahu halia baik untuk membuang angin dalam badan. Tumbuk halia segar dan rebus dengan secawan air, kemudian campurkan madu tulen untuk rasa lebih sedap. Minum dua kali sehari untuk buang angin yang terperangkap dalam usus.

8. Memperbetulkan perjalanan haid: Kompaun antikejang dan melegakan kesakitan di dalam halia boleh membantu melegakan senggugut. Jika anda menghidapi senggugut atau perjalanan haid tidak teratur, cuba tumbuk seketul halia, rebus dengan secawan air dan campurkan sedikit madu. Minum ketika panas dua atau tiga kali sehari selama sebulan.

Selamat mencuba.

Nota: Gunakan madu tulen atau madu organik untuk dicampurkan dengan jus halia. Untuk mengenal pasti madu tulen, cuba simpan madu dalam peti sejuk semalaman, jika madu tidak mengeras, bermakna ia tulen. Jika madu kelihatan mengeras, bermakna kandungan gulanya lebih banyak berbanding madu.




sumber dari: mdromizimahsin.blogspot.com

losyen pati halia






Losyen yang diperkayakan vitamin E dan minyak zaiton”
Khasiatnya.
1. Losyen Pati halia dan limau membantu membuang angin dalam badan
2. Membantu membakar lemak dan melangsingkan badan.
3. Membantu melancarkan peredaran darah dan peredaran limfatik.
4. Membantu mengatasi lenguh-lenguh, sengal-sengal sendi kembung perut dan sakit belakang, kebas-kebas, sakit otot dan rekahan pada tapak kaki..
5. Membantu mengurangkan selulit.Membantu melegakan sakit akibat senggugut
6. Sesuai untuk wanita lepas bersalin
7. Membantu menyikirkan toksik dan cecairan terkumpul dalam badan.
8. Formulasi yang tidak melekit dan mudah meresap. dan amat sesuai kegunaan seisi keluarga.
Cara penggunaannya.
  1. Sapukan kepada tempat yang bermasaalah dan urutkan secara perlahan-lahan.
  2. Losyen Pati halia dan limau Boleh digunakan sekerap yang mungkin.
  3. Tidak berminyak dan mudah meresap kedalam kulit.
  4. Tidak di syorkan kepada bayi.
  5. Kegunaan luaran sahaja.


sumber dari: sihatherba.com

penanaman halia dalam pasu






Tahukah anda bahawa halia boleh ditanam didalam pasu. Penanaman halia didalam pasu in dilakukan bagi memudahkan proses penyelenggaraan tanaman tersebut. Selain daripada itu penanamna halia dalam pasu ini juga dapat memudahkan proses penuaian.Terdapat 2 varieti halia yang biasa digunakan iaitu varieti bentong dan varieti sabah. Halia ditanam daripada keratan rhizom berumur 1 tahun. Rhizom disimpan ditempat redup selama 2 minggu untuk menggalakkan percambahan tunas. Selepas itu rhizom dikerat 5cm panjang (sekurang-kurangnya 2 mata tunas) dan ditanam 3-5 keratan dalam satu pasu.


sumber dari: sabah.gov.my

jus halia madu







BAHAN-BAHAN:

4 potong nanas
2 cm halia (buang kulit)
1 sudu kecil madu

CARA MENYEDIAKAN:
Kisar nanas bersama halia dan tuangkan ke dalam gelas.
Kemudian tuangkan madu dan kacau rata.



sumber dari: rozisalehin.blogspot.com

halia hilangkan bau badan






Sebahagian besar orang India percaya kalau rajin memakan Halia boleh membuat badan seseorang mengeluarkan aroma wangi.
Menurut Pen Chao Cing dari maharaja Shen Nong (3000 SM), halia segar boleh dapat menghilangkan bau badan sekaligus mendekatkannya pada aura spiritual.


Cara Penggunaan:
Minum air halia yang dikisar, atau juga boleh dicampurkan dalam minuman lain seperti teh.





sumber dari: baca-blogspot.blogspot.com

tips buang angin dengan halia






Mungkin ramai dah tahu yang halia ni merupakan satu tumbuhan yang sangat berguna. Bagi yang masih tak tahu lagi, kebaikkan halia (selain daripada membuang angin kus-kus) ialah dapat mengawal penyakit seperti demam, migrain, batuk, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sebagainya. Selain itu halia juga dipercayai dapat membantu menghadamkan makanan, menambah air mani dan menguatkan tenaga batin. (Laki mesti suka ni.hihi).Orang perempuan juga suka menggunakan produk halia kerana diyakini dapat memecahkan lemak-lemak kental bawah kulit.
 
Disebabkan manfaat halia ni yang pelbagai, aku suka untuk menggunakan halia dalam kehidupan seharian. Tambahan pulak, aku ni memang jenis banyak angin (macam makcik-makcik), dan juga mengalami masalah lemak tepu berlebihan terutama di perut dan peha. Oleh itu, aku cuba nak kongsikan cara aku mengadaptasi halia dalam kehidupan aku :)
 
1 - Krim Pati Halia
 
Bagi yang malas nak menyediakan potion-potion halia, bolehlah ambil kunci kereta, start enjin dan pergi ke kiosk-kios atau kedai-kedai yang menjual pati halia. Kalau dilihat zaman sekarang ni memang terdapat banyak sangat produk-produk pati halia ni. Macam-macam jenama dan jenis bungkusan. Tepuk dada tanya selera nak pilih produk apa. Macam aku, aku gunakan Pati Halia 3-in-1 (bukan Milo yer) bersama kolagen dan Limau Nipis. Setiap hari lepas mandi dan sebelum tido, aku akan sapukan krim ni ke bahagian-bahagian lemak tepu berkumpul seperti di peha, betis, bawah lengan dan perut. Sambil sapu, aku urut-urut manja sedikit bahagian-bahagian tersebut sehingga krim meresap sepenuhnya di bawah kulit. Diingatkan supaya jangan sapu banyak-banyak sebab 10 minit kemudian, korang akan jadi seperti cacing kepanasan.Setakat ni, aku rasa agak berkesan. Kerana berjaya mengecilkan sedikit peha tak berapa nak gebu aku ni.

 
2 - Minuman halia
 
Yang ini paling aku suka. Disebabkan perut aku seringkali kembung dan berangin, aku selalu minum air halia. Cara nak buat dia senang sahaja. Pertama, korang cuci halia sehingga bersih. Buangkan kulit dan potong halia secara kasar tetapi cantik. Kedua, Rebus halia dengan air sehingga mendidih. Sukatannya ialah 2 cawan air bersamaan 1/2-1 cawan halia. Apabila sudah mendidih, anda boleh campurkan air rebusan tadi dengan sedikit gula. Bagi yang ingin menjaga kesihatan, jangan gunakan gula. Sebaliknya campur air rebusan dengan madu atau susu dan juga teh. Memang sedap! Kalau malas buat sendiri, aku selalu memesan teh halia sekiranya minum di kedai.

3- Sup halia
 
Amalan meminum sup memang sangat bagus. Untuk menyediakan sup ini, mudah sahaja. Caranya adalah sama macam korang nak buat sup ayam, daging dan sebagainya. Cuma korang perlu tambah halia mengikut citarasa dalam sup tersebut. Selain dijadikan sebagai pembuka selera, korang dapat melegakan perut yang meragam. Lebih kurang macam ENO lah.

4- Halia dalam masakan.
 
Amalkan membubuh halia dalam setiap masakan yang korang atau mak korang masak. Contohnya, sayur campur dengan halia, ikan kukus dengan halia, ayam masak halia dan lain-lain lagi. Mudah kan?

Itu sahaja yang aku pernah cuba. Sebenarnya banyak lagi cara-cara pengaplikasian halia ni. Bagi sesiapa yang mempunyai cara lain dalam menggunakan halia, bolehlah berkongsi.

sumber dari: nabeshnaim.blogspot.com

ayam goreng halia






Bahan:
Halia perlu banyak - hiris halus
Bawang merah - sama -
Bawang Putih - sama -
Bawang Bsear - potong bulat
Sos Tiram
Sos Cili
Buah Tomato - potong
Daun bawang, daun ketumbar dan daun sup

Ayam di potong kecil dan gaulkan garam dengan kunyit serta perah skit asam limau nipis.
Goreng sampai masak. Angkat.
Tumis bawang, halia sampai garing masukkan sos tiram dan sos cili.,
Masukkan ayam dan bawang besar dan buah tomato.
Masak agar mesra gitu angkat dan taburlah dedaun tu.
Senang dan cepat dan anak pun suka... LOL 



sumber dari: shw.sayasha.fotopages.com

halia..halia...teh halia....




Walaupun cuaca di negara sememangnya tidak bersalji, tetapi menikmati teh halia yang panas dan beraroma tatkala hujan lebat sememangnya dapat memanaskan badan di samping memberikan seribu satu ketenangan.

Teh halia sememangnya terkenal dengan segala kebaikan dan juga sebagai penambah perisa kepada banyak hidangan. Walaupun pada dasarnya kelihatan seperti biasa, namun herba ini telah digunakan semenjak sekian lama. Seteguk teh halia pastinya memberikan sensasi dan rasa panas ke seluruh tubuh anda.

Sifat panas yang terdapat pada akar halia memberikan lebih banyak fungsi perubatan - sama ada dalam keadaan kering ataupun mentah. Akar halia bertindak sebagai pemanas, salap, julap, pembuka selera makan, perangsang, dan juga penawar yang baik untuk ketidakhadaman. Inilah sebabnya akar halia kering ditanam dan digunakan untuk memulihkan pelbagai penyakit seperti batuk, selesema, loya, muntah - muntah, cirit- birit, radang sendi, senak perut, mabuk laut, kolik, kolera, asma, sakit kepala dan juga anoreksia.

Halia juga digunakan secara meluas di dalam bidang aromaterapi - dengan mengekstrak esen daripada akar halia yang kering, belum dikupas dan masih tertanam. Minyak halia yang telah diekstrak kemudiannya digunakan dengan mencampurkannya dengan minyak kayu cedar, cendana dan patchouli yang menghasilkan bau campuran haruman kayu - kayuan dan herba. Dapatkah anda bayangkan kenikmatan bauan ini sambil mendapatkan urutan belakang yang melegakan?

Salah satu bahan utama di dalam minyak halia adalah oleoresin dan terpenes, yang berfungsi membersihkan limfa, antiseptik, masalah sembelit yang ringan, dan memperbaiki kualiti rangsangan. Menurut kajian, halia telah dibuktikan dapat menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah, ini bermakna ia mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Kajian juga menunjukkan halia juga dapat mengubati penyakit migrain dan sakit kepala. Kandungan shogoals dan gingerols yang terdapat di dalam halia juga dapat meneutralkan asid di dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot - otot penghadaman.

Lain kali jika anda berasa kurang sihat atau menghidapi selesema, cubalah minum segelas teh halia. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga yangyang terdapat pada halia dapat memanaskan paru - paru dan perut. Di bawah adalah resipi teh halia untuk anda cuba:

4 gelas air
2 inci halia segar
Hirisan lemon dan madu ( sebagai penambah perisa )

Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Tambahkan sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit, Tapiskan air tersebut, dan tambahkan lemon dan madu sebagai penambah perisa.



sumber dari: anggerikdesa-alin.blogspot.com

halia untuk ibu mengandung






Halia merupakan rempah penting yang diperniagakan di dunia bermula pada abad ke-5 masihi. India adalah pengekspot halia terbesar di dunia manakala halia dari Jamaica adalah yang terbaik dari segi kualitinya kerana mempunyai bau yang wangi dan rasa yang sedap.

Halia merupakan tanaman berakar serabut dan senang dijaga. Ia cepat membiak di kawasan tanah yang lembab dan mendapat sinar matahari yang banyak. Tumbuhan ini mampu mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter.

Halia mengandungi komponen minyak beruwap dan tidak beruwap. Gingerol, shogaol dan resin adalah kandungan sebenar halia yang terdapat di dalam minyak oleoresin. Khasiat tumbuhan halia yang selalu digunakan bagi merawat penyakit dalaman seperti melancarkan aliran darah, muntah-muntah, sakit kepala, selsema, terseliuh, batu karang, asma, kelemumur, kolestrol tinggi, sakit pinggang, cirit-birit dan mati pucuk.

Bagi ibu mengandung yang rasa loya atau muntah boleh dikurangkan dengan mengambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis dan dimasukkan ke dalam segelas air mendidih bersama-sama dengan seketul gula batu. Sesuai diminum pada waktu pagi dan malam.
Bagi menghilangkan sakit kepala ambil beberapa helai daun halia ditumbuk sehingga halus dan ditampal pada dahi dan pelipis. Untuk merawat penyakit pencernaan, ambil akar halia yang dihancurkan dan dicampur dengan 2 cawan air dan direbus selama 20 minit. Minum air rebusan tersebut selepas makan 2 kali sehari.



sumber dari: anuarkarimz.com

halia dalam amalan perubatan






Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.
 
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden. Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu. Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.

Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan. Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.

Haa.. pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum. Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.



sumber dari: melayukini.net

halia -pencegahan n rawatan






Kanser:Fitonutrien beberapa yang ditemui dalam halia telah menunjukkan aktiviti anti-kanser yang kuat di kedua-dua makmal dan kajian klinikal.

Sementara kesan anti-tumourigenic masih belum sepenuhnya difahami, mereka dianggap melibatkan mekanisme berikut:
Anti-radang:Kanser yang sering dikaitkan dengan proses radang dan halia, AOS aktiviti anti-inflamasi yang mujarab mengurangkan risiko keganasan yang berpunca daripada keradangan. Halia yang berkesan perencat COX-2, mengekang aktiviti yang berpotensi merosakkan enzim COX-2, kelebihan pengeluaran yang boleh menyebabkan mudarat kepada beberapa jenis tisu.


Kematian sel kanser:
Vanilloids pedas, gingerol dan paradol yang ditemui dalam halia, adalah sangat berkesan dalam membunuh sel-sel kanser. Mereka mencapai ini oleh kedua-dua aktiviti sitotoksik langsung terhadap tumor dan secara tidak langsung dengan mendorong apoptosis dalam sel-sel kanser.

Mengurangkan permulaan tumor dan pertumbuhan:
Kompaun, zerumbone antagonises proses kedua-dua permulaan tumor dan promosi. Hal ini dilakukan oleh enzim antioksidan mendorong dan dengan melemahkan laluan isyarat yang pro-inflamasi yang berkaitan dengan komunikasi di antara sel-sel kanser.
Mencegah kerosakan DNA:Melatonin merupakan antioksidan yang dihasilkan oleh badan yang juga ditemui di beberapa tumbuh-tumbuhan, seperti ini. Ia mempunyai harta yang berharga dapat mengakses bahagian-bahagian badan, termasuk otak dan tisu saraf, dan melindungi DNA daripada kerosakan radikal bebas karsinogenik.
Antibakteria:
Rempah ini dapat menghapuskan semua strain Helicobacter pylori, bakteria yang bertanggungjawab bagi kebanyakan ulser peptik, gastritis dan kanser perut.
Penyakit kardiovaskular:Halia membantu mencegah penyakit penyakit kardiovaskular melalui mechanisms.It beberapa yang telah ditunjukkan untuk mengurangkan bahaya kolesterol yang tinggi dan tahap trigliserida, sementara meningkatkan tahap HDL bermanfaat.

Kesan-kesan lipid-modulasi adalah sebahagiannya disebabkan oleh perencatan penyerapan lemak dari usus.
Di samping itu, kesan cardioprotective dipertingkatkan dengan keupayaan untuk mengurangkan kelekitan platelet dan dalam berbuat demikian lagi, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok trombotik.
Kencing manis:Walaupun telah penyiasatan yang agak sedikit ke dalam sifat-sifat antidiabetic halia, menjanjikan kajian awal menunjukkan bahawa ia boleh meningkatkan sensitiviti insulin.
Ini menunjukkan bahawa, dalam semua kemungkinan, ia adalah rempah berharga profilaktik terhadap diabetes jenis II.
Penyakit Alzheimer:Dua antioksidan yang paling penting, curcumin dan gingerol, telah ditunjukkan untuk menghalang dan malah membalikkan pemendapan di dalam otak plak amiloid yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer.
Selain itu, zingerone, yang lain anti-oksidanya pula, meneutralkan oksida yang kuat, peroxynitrite, yang juga telah dikenal pasti sebagai faktor yang memburukkan lagi Alzheimer dan lain-lain penyakit neurodegenerative seperti penyakit Parkinson.
Obesiti:
Dual anti-kesan obesiti
Gingerol sebatian dan shogaol meningkatkan kadar metabolik dan dengan itu membantu, Auburn off, AU lemak yang berlebihan. Mereka juga membantu untuk menyekat penyerapan lemak diet kalori dari intestines.For sebab-sebab ini pengambilan halia perlu membantu dalam menangani pertambahan berat badan berlebihan dan obesiti.
Kesan-kesan anti-oksidan:
Rempah ini adalah sumber sebilangan besar antioksidan penting yang, antara aktiviti-aktiviti lain, mengurangkan pengoksidaan lipid dengan meningkatkan aktiviti-aktiviti penting antioksidan dalaman yang dihasilkan, seperti superoxide dismutase dan melatonin.
Melatonin, khususnya, tidak hanya radikal bebas yang sangat efektif penyapu jalan sendiri, tetapi juga merangsang pengeluaran enzim antioksida utama otak, peroxidase glutation.


Ciri-ciri anti-radangPeranan penting jangka ini rempah sebagai rawatan bagi artritis dan lain-lain syarat-syarat yang radang kini telah dibuktikan oleh beberapa kajian saintifik yang menunjukkan bagaimana ia terlibat dalam beberapa mekanisme anti-radang.
COX-2 Perencatan:Ia adalah satu perencat COX-2 enzim, cytokines pro-radang dan prostaglandin yang semua komponen penting tindak balas keradangan yang kuat.


Keradangan tisu yang tidak normal berlaku apabila melebihi prostaglandin, cytokines dan enzim COX-2 yang dikeluarkan oleh sel-sel dalam tisu bersama. Lebih banyak ini molekul yang dibebaskan, sel-sel radang dan bahan kimia yang tertarik untuk sendi di mana ia menyebabkan kesakitan dan kerosakan kepada permukaan bersama.


Bahan-bahan ini adalah penting untuk mekanisme keradangan yang boleh melibatkan banyak jenis tisu, serta keadaan yang dikenali sebagai keradangan sistemik kronik.


Beberapa ubat moden perencat COX-2 digunakan untuk merawat artritis dan lain-lain penyakit radang menyakitkan. Ini telah dibangunkan dalam usaha untuk menggantikan lama bukan steroid ubat anti-keradangan seperti ibuprofen dan indomethacin, yang boleh mempunyai kesan sampingan yang serius termasuk ulser perut dan pendarahan.
Malangnya, walaupun ubat yang lebih baru mempunyai kesan sampingan yang kurang, terdapat beberapa bukti bahawa mereka boleh memburukkan lagi penyakit kardiovaskular dan strok mendakan.


Halia, di sisi lain, tiada kesan-kesan sampingan ini. Ironinya ia sebenarnya telah ditunjukkan kepada rawatan yang berharga untuk keadaan gastrousus, serta mengurangkan risiko serangan jantung atau strok.

Kesan antimikrobial:Asid hidroklorik yang terdapat di dalam perut adalah suatu pembelaan yang kuat terhadap patogen ditelan dan dengan cepat memusnahkan hampir semua organisma yang diambil dengan makanan.


Helicobacter pylori, bagaimanapun, adalah satu spesies yang luar biasa berdaya tahan bakteria yang hidup subur dalam persekitaran yang bermusuhan, sangat berasid perut. Sebaik sahaja ditubuhkan, bakteria ini menyebabkan pelbagai masalah termasuk masalah pencernaan, oesophagitis, gastritis, perut, dan ulser duodenum, dan kanser perut.
Halia secara tradisinya telah digunakan sebagai rawatan bagi sakit perut, dan baru-baru ini telah ditunjukkan untuk membunuh semua spesies patogen Helicobacter pylori sembilan belas.


Pengingesan tetap rempah ini harus membantu untuk membunuh bakteria berbahaya ini sebelum mereka menjadi ditubuhkan, dan dengan itu menggagalkan keperluan bagi antibiotik yang memusnahkan banyak bakteria usus yang berharga, sebagai tambahan kepada sasaran mereka yang dimaksudkan.


sumber dari: spanarburuk.blogspot.com

Wednesday, 20 June 2012

kurma di sudut Qhazanah



Qhazanah Kurma


Sebelum kewujudan buah kurma Nabi, buah kurma juga merupakan titik tolak dalam memelihara kesihatan di dunia perubatan Islam. Antara rakaman sejarah mengenai peristiwa yang menyaksikan buah kurma sebagai aset penting umat islam dijelaskan di dalam Al Quran melalui surah Maryam.
Tanyalah mana-mana ibu yang melahirkan anak akan rasa sakitnya, peritnya, jiwa yang berdebar-debar dengan penuh pengharapan agar selamat melahirkan anak dalam kandungan umpama nyawa bergantung kepada sehelai rambut.

Bersalin, Suatu Pengalaman Mendebarkan

– Dan pengalaman bunda kepada Nabi Isa ‘Alaihissalam yakni Saidatina Maryam ‘Alaihissalam merupakan suatu pengalaman yang mencemaskan dalam sejarah kelahiran. Beliau yang difitnah penduduk sekelilingnya akan kandungannya yang merupakan kurniaan daripada Allah apabila hamil tanpa disentuh oleh mana-mana lelaki.

Fikirkan sejenak, beliau yang cuba dianiaya penduduk sekeliling, membawa diri dalam tergesa-gesa sedang sarat hamil di tengah-tengah padang pasir yang terik dan kering. Di saat-saat waktu kelahiran semakin hampir, beliau semakin tidak terdaya. Sekian itu, maka turunlah wahyu Allah kepada Saidatina Maryam yang dirakam sejarah ini di dalam Al Quran;
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya; “Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai”.        (Surah Maryam : Ayat 24)
“Dan gegarlah ke arahmu pangkal pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah masak. Maka makan dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”.                                                                                                                               (Surah Maryam : Ayat 25)
(Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal pohon kurma. (Surah Maryam : Ayat 23)
Dalam keadaan yang sekian lama membawa diri di tengah-tengah padang pasir, bersama perasaan yang kerisauan akan kandungannya juga dari gangguan serta fitnah penduduk sekelilingnya, melahirkan anak tanpa bantuan sesiapa yang lain, tambahan pula tenaga yang banyak telah dikerahkan serta kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan dalam keadaan seorang diri, turunlah perintah Allah kepadanya agar selamat melahirkan tanpa perlu bimbang akan apa-apa pun dengan memakan buah kurma.

Buah Kurma Hadiah Terbaik Buat HambaNYA

Ternyata hadiah ini adalah antara yang istimewa diukir dalam sejarah. Buah kurma terbukti membantu mengembalikan tenaga yang hambar, kehilangan darah yang banyak, membina kekuatan otot intim dan keseluruhan, membina minda yang cerdas serta penemuan terkini sains mengenai kurma iaitu;

Membina Ketenangan Emosi / Perasaan

Kajian sains membuktikan bahawa kandungan bahan di dalam kurma mampu membina ketenangan emosi atau ketenangan perasaan. Ini memberi panduan kepada umat Islam akan ayat di dalam petikan surah Maryam yakni;
“..serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”. (Surah Maryam : Ayat 25)
Maka amatlah rugi umat Islam sekadar mengamalkannya di bulan Ramadhan semata-mata di musim bulan puasa sahaja.

Makanan Hamba Allah Yang Beriman

Memakan kurma juga memenuhi tuntutan sunnah baginda yang sewajarnya kita contohi. Maka dengan itu kita menghampiri amalan-amalan rutin Nabi. Mengamalkan memakan kurma juga mendapat pahala orang yang beriman sepertimana sabda baginda;
“Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah kurma”. (Riwayat Abu Daud)
Kurma : Makanan Yang Barakah

Allah melimpahkan barakah kepada buah kurma sepertimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;
Daripada Salman Ibn ‘Aamir, Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu ingin berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma, sebab kurma itu barakah, jika tiada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci”. (Riwayat Abu Daud dan At Tirmidzi)
Makanan Barakah Untuk Anak

Amalan membelah mulut atau bertahnik juga diambil daripada sunnah baginda ;
Daripada Abu Musa Radiallahu Anhu katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma (sambungan dalam penjelasan Imam Al Bukhari) ..maka baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan keberkatan baginya lalu menyerahkan kembali kepadaku”. (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Ternyata kurma terus mendapat perhatian pakar kesihatan seluruh dunia samada dalam keperluan diet atau mengatasi penyakit-penyakit yang tidak dapat diatasi dengan ubat-ubatan moden




sumber dari: qhazanah.wordpress.com

lagi hadis dan riwayat berkaitan kurma






Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.
Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang”.
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.
Daripada Anas bermaksud : “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Rasulullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad)
Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:” Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)”
Diriwayatkan pula oleh Amirulmukminin Ali bin Abi Talib:” Barang siapa yang memakan kurma Ajwa tujuh kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan (Al-Dud ) di dalam tubuhnya “
Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullallah s.a.w pula, berkata Imam Ali as yang berbunyi; Jibrail as datang kepada Nabi s.a.w dan berkata,” Bergantunglah pada Al-Barni kerana ia adalah jenis kurma yang terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka”
Rasullallah s.a.w pula bersabda, ” makanlah kurma sebelum sarapan untuk ia membunuh cacing di dalam perut”
Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma(Hadis Riwayat Bukhari). Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: “Aku melihat Rasulullah S.A.W memakan buah-buahan dengan kurma masak.”
Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”


sumber dari: blog.mohdhanif.com


kelebihan kurma


Antara hadis yang menyatakan kelebihan buah kurma :
 



Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
 
 
 
sumber dari: duniakurmaku.blogspot.com
 

khasiat kurma dari nota ramadhan


 


Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.

Diserap Serta-merta

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.




Tenaga Serta-merta

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.
Menguatkan Ingatan
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.




Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat.
 
"Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."
Meredakan Tekanan Darah
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.




Menambah Tenaga Seksual

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.




Kandungan Kurma

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.





Jus Kurma

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

 


Kurma Dalam Al-Qur'an
 
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam Al-Qur'an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

 
 
sumber dari: rudi-zone.blogspot.com