khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Sunday 1 April 2012

madu di mata ladybird


Assalamualaikum sahabat-sahabat LadyBird's Life.. Semoga sihat sejahtera dan sentiasa di dalam redha Allah.. Insya-Allah.. Doa Lady sentiasa bersama kalian.. :D

Kali ini lady nak ceritakan ubat segala penyakit iaitu MADU.. pasti semua pernah tahu dan pernah makan madu.. kalau tak makan pun pasti tahu keistimewaan madu dalam perubatan Islam yang telah termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah baginda.

Dalam Islam, terdapat pelbagai makanan kesihatan yang telah diterangkan dan diamalkan oleh baginda Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda untuk merawat pelbagai penyakit, dan salah satunya adalah madu, yakni ubat bagi segala penyakit melainkan mati, tiada ubat baginya.



Setiap tempat mempunyai spesis lebah yang tersendiri yang mengambil pati-pati madu daripada bunga-bunga yang terpilih di kawasan tersebut. Kalau di tempat Lady, madu yang paling berkhasiat adalah Madu Tualang, yang dihasilkan oleh lebah liar yang dikenali sebagai Lebah Tualang yang hanya mengambil madu daripada pokok Akasia dan Gelam yang terdapat di Hutan Simpan Merchang dan Hutan Gelam.

Dari segi kualiti dan mutu madu, madu yang dihasilkan oleh lebah liar adalah jauh lebih baik daripada lebah yang diternak. Dan, andai kita tinggal di Malaysia, madu yang dihasilkan oleh lebah Malaysia paling sesuai untuk orang Malaysia, dan tak perlu membeli madu daripada Mesir atau Yamen, kerana madu yang dihasilkan oleh lebah sana adalah sesuai dengan persekitaran dan kehidupan masyarakat mereka. Allah begitu adil, Dia tidak akan membeza-bezakan makhluk ciptaan-Nya.

"Jika ada pada sesuatu ubat antara ubat-ubat kamu itu kebaikan, atau akan mewujudkan kebaikan, maka dia adalah berada pada gurisan pisau pembekam atau berada pada minuman madu." [HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad]

Madu mengandungi unsur-unsur makanan yang penting yang amat diperlukan dalam sistem keimunan badan manusia dan telah dibuktikan secara saintifik bahawa madu merupakan ubat bagi segala penyakit. Terdapat satu kisah yang diceritakan oleh Abu Said al-Kudri.


Terdapat seorang lelaki yang datang menemui baginda Nabi sambil berkata,
"Sesungguhnya saudaraku mengalami sakit perut (memulas)."

Maka Rasulullah pun bersabda yang bermaksud,
"Berilah minum madu."

Maka lelaki itupun memberi minuman madu kepadanya. Kemudian dia datang lagi lalu berkata, "Sesungguhnya saya telah memberi dia minum, tetapi dia makin memulas sakit."

Maka Rasulullah s.a.w bersabda lagi,
"Berilah dia minum madu (lagi)."

Lelaki itu pulang dan memberi minum madu lagi kepada saudaranya, tetapi masih membawa berita yang sama sehingga Rasulullah s.a.w tetap juga bersabda seperti yang pertama pada kali ketiganya. Kemudian lelaki itu datang lagi pada kali keempat, maka Rasulullah s.a.w masih bersabda lagi, "Berilah dia minum lagi."

(Dia pulang dan datang lagi) maka dia berkata,
"Sungguhnya saya telah memberinya minum, tetapi ia semakin sakit memulas."

Mendengar demikian, Rasulullah lalu bersabda,
"Benarlah Allah dan dustalah perut saudara engkau."

Maka lelaki tadi pulang memberinya minum madu lagi, tiba-tiba (baru) dia sembuh."

[Hadis Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Ahmad]




Sebenarnya, apa yang berlaku dalam riwayat di atas, penyakit masih belum pulih malah semakin teruk adalah disebabkan oleh tindakbalas madu terhadap badan pesakit. Ia merupakan salah satu proses pengubatan. Setelah itu, penyakit akan pulih.

Di sini lady sertakan khasiat-khasiat madu yang lady perolehi di sini :
  • Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
  • Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
  • Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
  • Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser.
  • Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.
Mari kita sama-sama amalkan pemakanan sunnah.
Madu bukan sekadar hanya boleh dimakan ketika sakit, malah boleh dimakan sebagai suplemen untuk menjaga kesihatan secara keseluruhannya.
Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Jom sama-sama kita jaga kesihatan badan untuk pembentukan generasi pelapis yang kuat dan rentang kepada pelbagai penyakit.

Insya-Allah.

sumber dari: sweet-ladybird.blogspot.com