khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Monday 2 April 2012

cara minum madu




Siapa tak tahu dengan madu lebah yang memang terbukti khasiatnya sejak turun temurun lagi. Tidak kira dari ceruk dunia mana pun, pasti ada saje masyarakat yang mengamalkan pengambilan madu lebah.

Tentang betapa hebatnya madu lebah ni, jangan kita lupa yang dalam Al-Quran ada surah khas dengan nama lebah, itulah Surah Al-Nahl. Sebenarnya, pada lebah tu ada banyak kebaikan yang boleh kita ambil dan pelajarinya. Sudah la madunya mendatangkan khasiat, cara kehidupan lebah pun kita boleh ambil pengajaran, cuma kita perlu berfikir sahaja.

Tahun lepas saya sempat pergi satu macam perjumpaan pasal nak menerangkan tentang kebaikan Madu Lebah Tualang. Seperti biasa, dalam perjumpaan itu diterangkan khasiat madu lebah yang rasanya semua orang dah tahu. Kalau masih tak tahu, boleh je cari kat google, pasti jumpa.
Apa saya nak kongsikan ialah cara betul untuk kita mengamalkan madu lebah, ini adalah hasil penerangan yang saya dapat semasa menghadiri perjumpaan tu.

Kata penceramah tu, selalunya orang makan madu ni dengan cara minum terus dengan sudu (plastik), tapi itu adalah cara yang tidak betul. Cara yang sebetulnya ialah dengan meminum madu bersama-sama dengan segelas air yang suam-suam kuku.

Ambil segelas air yang suam-suam kuku. Kemudian masukkan 2 sudu madu lebah dan kacau dengan sebati dan terus minum seperti biasa. Itulah cara yang paling elok dan baik.

Memang selama ni saya makan madu lebah dengan cara tuangkan ke dalam sudu, pastu terus telan macam tu saje. Seperti yang semua orang tahu, madu ni memang manis giler-giler sampai ke otak. Itu sebabnya, kalau beli sebotol madu tu, ambil masa berbulan-bulan nak abiskan sebab tak sanggup nak mengamal pemakanannya, manis sangat-sangat. Walhal madu ni elok diamalkan tiap-tiap hari.
Lepas dah tahu teknik yang betul ni, baru la saya boleh amalkan tiap2 hari dengan selesa. Dengan teknik ni, kita boleh jadikan sebagai minuman harian. Kata penceramah tu lagi, budak-budak sekolah elok gunakan cara ni, tiap-tiap hari pergi sekolah bawa bekal air yang dicampur dengan madu lebah. Insyaallah.. akan bertambah geliga otak tu.

Penceramah tu sempat berkongsi, pasal kerugian masyarakat kita sekarang yang tidak lagi mengamalkan pengambilan madu lebah ni, terutama sekali generasi muda kita. Sedangkan, madu lebah merupakan sebaik-baik ubat/penawar yang Allah anugerahkan kepada manusia.

Okey, semoga anda dapat manfaat dari cerita ini...
selamat beramal...


sumber dari: anuarmustaffa.com