khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Thursday, 4 October 2012

ayam lada merah





BAHAN-BAHANNYA

1 kg. Ayam - dipotong kecil dan bersihkan
10 tangkai Cili Merah }
10 ulas Bawang Merah } dikisar
5 ulas Bawang Putih } bersama
1 cm. Halia }
40 gm. Puri Tomato
50 gm. Gula Melaka
2 tangkai Cili Hijau - dihiris serong
1 biji Bawang Besar - dibelah dua dan dihiris bulat
2 batang Serai - dititik
3 biji Tomato - dibelah empat
1 cawan Air
sedikit Kunyit Serbuk
sedikit Garam
sedikit Serbuk Perasa - jika suka
Minyak

CARA MEMBUATNYA

Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Panaskan
minyak kemudian goreng ayam sehingga masak, tetapi jangan
terlalu garing. Ketepikan.
Panaskan minyak didalam kuali kemudian tumis bahan-bahan
yang telah dikisar dan masukkan serai. Masak sehingga garing
kemudian masukkan puri tomato dan gula melaka.
Setelah itu masukkan air. Kacau sehingga kuah agak pekat
barulah dimasukkan ayam, tomato buah dan cili hijau. Tambahkan
sedikit garam dan serbuk perasa jika suka.

NOTA:
Ini adalah resepi terbaru dan fresh dari dapur Maria.
Kepada semua, selamat mencuba...



sumber dari: resepimaria.blogspot.com