Antara keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bAntara keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan (fertility), menambah selera makan untuk kanak-kanak (increase appetite) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang (sedative).
Saffron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya wanita menggunakan saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah. Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan saffron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan saffron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.
Dengan kandungan saffron yang mempunyai kuasa penenang semulajadi, maka di Timur Tengah saffron telah dijadikan sebagai minyak wangi yang dipanggil Zaafran Attar. Ianya juga turut digunakan sebagai pewangi di dalam jenama minyak wangi (perfume) antarabangsa yang lain. Pada masa ini saffron turut dijadikan bahan asas dalam pembuatan bahan dalam pembuatan bahan penjagaan tubuh seperti sabun, losyen dan sebagainya.
Saffron juga sering dijadikan ramuan penting dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia, saffron banyak digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci mulut (desert). Didalam industri tenusu saffron juga memberikan warna yang cantik kepada mentega dan keju serta digunakan didalam pembuatan aiskrim, jem dan extract saffron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi kesihatan.
Bagi mereka yang ingin mengamalkan saffron didalam pemakanan seharian, seeloknyaa diminum pada waktu pagi dan malam. Masukkan tiga helai / urat saffron ke dalam secawan atau segelas air panas dan nikmati kesegaran serta aromanya. Amalkan setiap hari sebagai minuman rutin. Dengan pengambilan tetap minuman ini pada setiap hari dalam jangka masa tertentu akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahan terhadap pelbagai penyakit. InsyaAllah.
- Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
- Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.
- Sakit kepala atau migrane dan asma, muntah-muntah serta penyakit buah pinggang.
- Gila babi atau sawan dan sukar tidur malam (insomnia).
- Demam, masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser dan lumpuh.
- Bengkak hati atau hipatitis A dan B.
- Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut.
- Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
- Menambahkan tenaga zahir dan batin.
- Masalah mati pucuk dan sembelit.
- Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.
- Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.
- Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing.
- Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.
- Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.
- Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
- Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.
Saffron merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai "King Of Spices". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Saffron sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Saffron tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."
sumber dari: sarfaeiz.blogspot.com