khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 25 January 2013

daun kesum pak tengah leh




Daun Kesum ini jika di Kampung Dusun Buluh dahulunya banyak kedapatan ditepi telaga depan Balai Sah Ustaz Husin.

Disitu juga ada terdapat pokok limau dan pokok jambu butir banyak. Daun kesum ini ditanam oleh Pak Tengah Leh.

Beliau ini sentiasa berinteraksi dan tidak jemu berbual mesra dengan bebudak macam kita, tapi orang dewasa kurang melayannya kerana beliau ini pernah pergi keluar Kelantan menuntut.

Beliau ada seorang anak dan tinggal dekat rumah Mek Wo Ismail Liverpool (bola). Apa pun daun kesum ini amat subur dan penjual nasi kerabu akan kesini membelinya dan petiklah sendiri dengan harga 1o sen sahaja.



sumber dari: dsnbuluh.bogspot.com