Saturday, 18 May 2013

Kerapu Merah Masam Manis & Nasi Goreng Yong Chow Ala Ary Malik






    Bahan-bahan Kerapu Merah Masam Manis:
  • Bawang Putih (dihiris halus)
  • Halia (dihiris halus)
  • Lada benggala Hijau (dihiris halus)
  • Cili merah (dihiris halus)
  • 3 sudu besar - Sos tomato
  • 2 sudu besar - Sos cili
  • 1 sudu teh - Tomato puri
  • 1 sudu besar - Cuka
  • Secukup rasa - Garam
  • Secukup rasa - Lada sulah
  • Dipotong kiub - Ikan kerapu merah
  • ¼ cawan - Ais
Cara-cara memasak:
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, apabila minyak telah panas, masukkan halia dan bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan sos tomato, cili dan tomato puri. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Selepas itu, masukkan lada benggala hijau, cili merah. Apabila hampir mendidih, masukkan ikan dan cuka, dan biarkan ia mereneh sehingga masak. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa.
    Bahan-bahan Nasi Goreng Yong Chow:
  • Nasi
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Kacang Buncis (dipotong kecil)
  • Cili Merah (dicincang halus)
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu minyak neuvida
  • Garam (Secukup rasa)
  • Lada sulah (Secukup rasa
  • Stok perasa
Cara-cara memasak:
  • Panaskan kuali bersama minyak. Masukkan bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan nasi, sayuran dan cili. Gaul sehingga rata.
  • Selepas itu, tambahkan garam, lada sulah dan stok perasa dan gaul sehingga rata. Kemudian campurkan minyak bijan dan gaul sehingga sebati.
    Bahan-bahan Sos Cili Cuka:
  • 10 tangkai - Cili merah
  • 4cm - Halia
  • 3 ulas - Bawang Putih
  • Perasa
  • Secukup rasa - garam
  • ¼ cawan - Cuka
  • 2 sudu besar - Gula
Cara-cara memasak:
  • Kisarkan bahan-bahan hingga hancur dan sebati.
Hidangan:
  • Hidangkan kerapu merah masam manis bersama nasi goreng ‘yong chow’ dan tuangkan sos cili cuka mengikut kreativiti.



sumber dari: astro.com.my