Bagi tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati luka, anda ambil beberapa helai daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, tampalkan daun tersebut pada tempat bisul atau luka.
Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal otot, sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili padi dan tampal pada tempat yang sakit.
Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih ya.
Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.
Petuanya – anda ambil dan bersihkan akar pokok cili padi. Kemudian, rebuskan akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya, tapiskan air rebusan ke dalam cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan minum.
sumber dari: zainabsgarden.com