khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Sunday 4 March 2012

ini asam jawa kami selalu guna






koleksi bonsai asam jawa









sumber dari: nugi234.wordpress.com


membentuk bonsai asam jawa





Pohon Asam (Tamarindus indica ) bisa dibentuk dengan gaya apapun juga karena sifat dan keadaan tanaman ini di alam pun berbentuk sangat varitif. Banyak pohon ini tumbuh di lereng dengan bentuk kengai maupun han kengai, bisa juga slanting atau informal. Pohon asam yang sudah tua biasanya mempunyai lubang besar, dan pada dunia bonsai lubang ini bisa kita buat dengan melakukan pemahatan pada hasil pangkasang batang atau cabang.


sumber dari: nugi234.wordpress.com


petua asam jawa cmelor




sila jangan masukkan air asam jawa sebelum terung

why ! why !
Kenapa ?????

sebabnya air asam jawa akan menyebabkan terung tersebut layu atau lembik.
tak syok tengok dan tak sedap nak ngapppp....

akan tetapi

untuk sayur bendi pula.
Kita di minta memasukkan air asam jawa dahulu barulah sayur bendi

why! why!
kenapa????

sebabnya air asam jawa akan membantu bendi
agar tidak mengeluarkan lendirnya.


sumber dari: cmelor.blogspot.com

asam jawa merawat sakit perut




Sakit perut dengan tinja cair, berlendir, dan berbau busuk. Ramuan: Asam kawak 1 ruas ibu jari Rimpang Kunyit (disangrai) 1 jari Garam Secukupnya Air mendidih 100 ml Cara Pembuatan: Kunyit yang sudah disangrai dimasukkan ke dalam air yang direbus bersama buah asam. Lalu tambahkan garam secukupnya. Cara Pemakaian: Rebusan air diminum 1 kali sehari 100 ml. Lama Pengobatan: Diulang selama 3 hari.


sumber dari: dealami.blogspot.com


asam jawa cegah keguguran rambut




Buah asam jawa mempunyai banyak manfaat, selain sebagai bumbu dapur. Salah satu dari sekian banyak manfaatnya yaitu untuk mencegah kerontokan rambut. Cara penggunaannya ;

1. Campur buah asam yang sudah masak dengan sedikit air.

2. Gunakan ramuan untuk mengurut kulit kepala,

3. cuci dengan sampho, lalu bilas dengan air bersih.

Sebaiknya digunakan 2 kali sebulan dan jangan terlalu sering.


sumber dari: liendascience.blogspot.com


asam jawa adabi



sumber dari: www.shopmalaysia.com

jus asam jawa berais

Asam Jawa (Tamarind)


sumber dari: www.ahseng.net




siakap bersos asam jawa



Bahan-bahan:-
  • 1 ekor Ikan Siakap
  • 1-2 labu Bawang Besar **
  • 4-5 ulas Bawang Putih **
  • Setengah / Sebiji Lada Benggala 3 warna - hijau, merah dan kuning - bergantung saiz **
  • (tapi leen belasah semua sebiji)
  • 7-8 biji Cili Padi ** (kalau nak pedas tambah lagi yaa)
** - Bahan dicincang kasar.
  • 1/2 biji Gula Melaka (leen guna 2 sudu makan Gula merah)
  • 125ml Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, jgn pekat sangat,sederhana saja)
  • Tepung jagung secukupnya (untuk goreng ikan dan memekatkan kuah)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:-
  1. kan salut dgn garam dan tepung jagung goreng garing....angkat ketepikan.
  2. Tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau (Leen goreng separuh saja dulu dari semua jumlah bahan cincang)
  3. Masukkan air asam jawa, gula melaka/merah, perasakan garam.
  4. Bila dah didih dan cukup semua rasa, (Leen masuk lagi separuh bahan cincang supaya tak semua layu), dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Tuang atas ikan tadi. Sedia dihidang...


sumber dari: perutkenyang.blogspot.com

asam jawa ubat batuk



Buah asam jawa mempunyai banyak kegunaan. Selain digunakan dalam masakan, buahnya juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak.

Selain itu, buah asam jawa ini juga sering digunakan sebagai herba di kebanyakan negara Asia terutamanya di Tahiland. Masyarakat di sana menggunakannya secara meluas untuk tujuan perubatan. Kebanyakan masyarakat di sana bahkan di Malaysia juga mempercayai bahawa amalan minum air asam jawa dapat membantu menurunkan suhu panas dalam badan.

Selain sebagai bahan penambah perisa dalam masakan atau sebagai bahan utama untuk menghilangkan bau hanyir ikan, ada juga yang suka menjadikan ia sebagai bahan masakan utama seperti masakan sayur asam. Sayur asam ini adalah paling sesuai disajikan bagi mereka yang hilang selera khususnya ketika demam. Kandungan nutrisi di dalam masakan ini sudah memadai untuk membantu memulihkan lesu badan ditambah lagi dengan kehadiran sayuran lain seperti kacang panjang, putik jagung dan sebagainya didalam masakan tersebut.



sumber dari: www.koleksi1001resepi.com

pokok asam jawa kakzila





sumber dari: hazila.blogspot.com


pokok asam jawa rendang





Asam jawa termasuk tumbuhan tropis. Asal-usulnya diperkirakan dari savana Afrika timur di mana jenis liarnya ditemukan, salah satunya di Sudan. Semenjak ribuan tahun, tanaman ini telah menjelajah ke Asia tropis, dan kemudian juga ke Karibia dan Amerika Latin. Di banyak tempat yang bersesuaian, termasuk di Indonesia, tanaman ini sebagian meliar seperti di hutan-hutan luruh daun dan savana. Pohon asam dapat tumbuh baik hingga ketinggian sekitar 1.000 m dpl, pada tanah berpasir atau tanah liat, khususnya di wilayah yang musim keringnya jelas dan cukup panjang.


sumber dari: pohonpekarangan.wordpress.com

bonsai expert


 robert-steven1



sumber dari: whoisbonsai.com

bonsai asam jawa bluegarden





sumber dari: bluegarden.multiply.com


set asas pengurusan uri





Kandungan:
- Garam
- Asam Jawa
- Periuk Tanah
- Kain Putih
- Sarung Tangan Getah

Turut disertakan pamplet cara menguruskan uri...


sumber dari: mypermatahati.com

sambal udang petai





Bahan-bahan

  1. 1 mangkuk udang segar
  2. 1 senduk cili kering*- potong kecil, rebus dan toskan
  3. 1 biji bawang besar*
  4. 2 ulas bawang putih*
  5. Sedikit belacan*
  6. 2 sudu air asam jawa
  7. 1 sudu santan pekat/ susu cair
  8. 2 sudu besar udang kering – tumbuk halus
  9. 1 biji bawang besar- dipotong bulat
  10. 1 ulas bawang putih diketuk
  11. Garam, perasa

Cara-cara

  1. kisar bahan-bahan bertanda * hingga lumat/halus. Masukkan sedikit minyak masak untuk menghancurkan biji cili yang ada.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak
  3. Tumis bawang putih yang diketuk hingga kuning. Kemudian barulah dimasukkan bahan-bahan yang dikisar tadi
  4. Masak hingga naik minyak/garing
  5. Tambah air asam jawa. Kacau rata dan masukkan garam dan perasa
  6. Kalau nampak kering sangat, boleh dimasukkan sedikit air.Masukkan udang kering yang ditumbuk halus tadi. Kacau lagi sikit, kemudian,
  7. Masukkan udang. Gaul rata
  8. Lepas tu, masukkan santan pekat, diikuti dengan bawang besar yang dipotong bulat.
  9. Kacau dan bolehlah diangkat.

sumber dari: amirulasril.com

sambal ikan bilis terung belanda




Bahan Blender
1. Cili kering
2. Bawang Besar

Bahan Lain

1. Ikan bilis (digoreng garing)
2. Terung belanda (direbus)
3. Air asam jawa
4. Gula
5. Garam

Cara2nya

1. Tumis bahan yang diblender sehingga pecah minyak / naik bau
2. Masukkan sesudu gula
3. Masukkan garam secukup rasa. Kacau.
4. Masukkan air asam jawa. Tunggu sampai menggelegak.
5. Masukkan terung belanda yang telah direbus
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng
7. Kacau dan kacau.
8. Siap.

Enak dimakan dengan ikan goreng panas2.
Selamat mencuba!


sumber dari: bungaoren.blogspot.com

air asam kak wana





bahan2
1 biji bawang besar( potong dadu )
1 biji buah tomato ( potong dadu )
1 cawan air masak
5-10biji cili padi ( hiris nipis)
1 genggam asam jawa
1 sudu besar penuh gula
1 sudu kecil garam
1/2 inci belacan bakar ( jika suka)
cara penyediaan
1. Gaulkan 1 cawan air bersama segenggam asam jawa. Ambil jusnya.
2. Satukan semua bahan tadi dengan jus asam jawa.
3. Kacau hingga rata sehingga gula dan garam larut.
4 Sesuaikan rasa ikut citarasa anda… hidangkan dengan ikan bakar tadi dengan air asam.


sumber dari: blogwana.wordpress.com

Saturday 3 March 2012

ekstrak biji asam jawa


DR SASAKI ARMPIT & NIPPLE CREAM...HARGA RENDAH


Di formulasasi untuk membantu menyahkan bau yang tidak menyenangkan, melembut dan memutihkan kwasan di bawah lengan. Di perbuat daripada ekstrak biji asam jawa dan herba istimewa yang berkesan memutihkan ketiak di samping membuatkan kawasan di bawah lengan terasa segar.

Cara Penggunaan :-

Sapukan krim pada kawasan bawah lengan sehingga meresap. Guna 2 kali sehari selepas mandi pada waktu pagi dan malam.

Note :-

Tidak digalakkan menyapu krim ini selepas aktiviti mencukur atau mencabut rerambut.


 sumber dari: www.bazariaonline.com

asam jawa menghilangkan parut





Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.


Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.


sumber dari: epetua.com


bonsai asam jawa




sumber dari: reshare-rabbani.blogspot.com


asam jawa boleh mengempiskan perut




Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
Embunkan semalaman.
Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.


sumber dari: www.epetua.com

lulur mandian aromatheraphy asam jawa





Menghalus dan mencerah kulit. Asam jawa mengandungi asid tartrat yang kaya dengan AHA (Alpha Hidroxy Acid) membantu melicin, membersih dan sekatakan warna kulit serta membantu menegangkan dan membentuk sel-sel baru kulit.


sumber dari: mustikaseri.com

"punch" asam jawa



Bahan-bahan :
  • 1 block asam jawa
  • 1 gelas air
  • 4 sendok makan gula pasir
  • 2 kaleng Sprite (apabila menggunakan air soda yg tawar, maka takaran gula diperbanyak)
  • Es batu secukupnya.
Cara membuat :
  • taruh asam jawa block di dalam panci kecil. Tusuk-tusuk dengan garpu agar pecah/terpisah-pisah atau iris-iris dengan pisau agar terbentuk bongkahan-bongkahan kecil.
  • masukkan segelas air, masak asam jawa dengan air selama sekitar 10 menit sambil diaduk-aduk terus sampai bongkahan asam melunak.
  • Saring asam dengan menggunakan saringan besi, tampung di mangkuk. Tekan-tekan ampas asam agar semua sari asam terlepas dari ampasnya.
  • Campurkan gula pasir, aduk-aduk hingga larut. Diamkan sampai dingin.
  • Apabila siap disajikan, masukkan es batu ke dalam mangkuk punch (punch bowl). Tuangkan sari asam dan air soda/sprite. Aduk merata. Minuman punch asam siap disantap!



sumber dari: www.resep-masakan.net

air asam jawa elak percikan minyak



hati ayam


Untuk mengelakkan percikan minyak panas semasa menggoreng hati ayam, hati ayam hendaklah dibasuh bersih dan direndam dalam air perahan asam jawa seketika. Selepas itu, bila semula dengan air bersih. Insya Allah pasti hati ayam tidak meletup ketika menggoreng.


sumber dari: ummuayman.wordpress.com


asam jawa spa beauty soap





Dihasilkan daripada gabungan timun, asam jawa, kunyit dan herba-herba terpilih bagi menghilangkan jerawat dan jeragat serta bintik-bintik hitam dan dapat melambatkan kesan penuaan dan mencerahkan kulit wajah.


sumber dari: www.shopsini.com


asam jawa bidadari





Apakah Bidadari?

• BIDADARI adalah minuman berfungsi untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan suami isteri dikomposisikan dengan bahan semulajadi mewah seperti madu asli, sirih, akar serapat, kacip fatimah, kurma, manjakani, jarum emas, asam jawa, daun cekur dan lain-lain herba terpilih.

• BIDADARI kaya dengan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A, B, C, D dan E, sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina system rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri).


Apakah kelebihan BIDADARI?

• Membantu masalah keputihan
• Membantu mengatasi masalah senggugut
• Membina rahim
• Mengecutkan rahim
• Mengecutkan otot faraj
• Menyempitkan faraj
• Menguatkan system kemutan
• Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan kelamin
• Menambahkan kolagen dalam badan
• Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
• Membantu menghilangkan bau badan dan mulut
• Melegakan panas badan
• Menegangkan payudara
• Membantu merawat IQ
• Membekalkan tenaga segera
• Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan


CARA PENGAMBILAN:
• Minum 2 sudu sebelah pagi, 2 sudu sebelah malam
• Gunakan sudu PLASTIK SAHAJA, ini adalah kerana bidadari berasaskan produk hemeopati.
• Di larang menyimpan di dalam peti sejuk
• Elakkan dari meminum sebarang minumam selama sejam sebaik sahaja meminum bidadari.

WANITA PERIOD DAN MENGANDUNG DI LARANG SAMA SEKALI MENGAMBIL BIDADARI

BIDADARI adalah minuman berfungsi mewah untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan hidup alam rumah tangga. Dikomposisikan dengan bahan-bahan semulajadi mewah yang telah lama dibuktikan keberkesanannya dalam kaedah rawatan di alam Melayu.

sumber dari: rahsiaanggun.com


asam jawa obat penyakit



BAGIAN TANAMAN YANG DIGUNAKAN :
Daging buah, daun muda (sinom), kulit kayu.

KANDUNGAN KIMIA :
Buah mengandung vitamin A, zat gula, selulosa, asam-asam yang terikat oleh kalium, tartrat, gula invart, pektin.

KHASIAT :
Laksan, Analgesik, Diaforitik, Laksatif

SEBAGAI OBAT PENYAKIT :
Asma, Batuk, Demam, Sakit panas, Reumatik, Sakit perut, morbili, Alergi / biduren, Sariawan, Luka baru, Luka borok, Eksim, Bisul, Bengkak disengat lipan / lebah, Gigitan ular berbisa, Rambut rontok.

RESEP TRADISIONAL :

1) Demam :
Asam 2 ruas ibu jari; Air mendidih 100 ml, diseduh, diminum 1 kali sehari 100 ml.
Atau :
1 genggam daun asam jawa, adas pulawaras secukupnya. Kedua bahan tersebut direbus dengan ½ liter air sampai mendidih, kemudian disaring. Diminum 2 kali sehari, pagi dan sore

2) Eksem :
Asam 1 ruas ibu jari, rimpang temulawak 4 keping, Air 110 ml, diseduh, diminum 1 kali sehari 110 ml.
Atau :
1 genggam daun asam Jawa yang masih muda, 2 rimpang kunyit sebesar ibu jari. Kedua bahan tersebut ditumbuk sampai halus, lalu ditempelkan pada bagian yang sakit

3) Nyeri haid :
Asam 1 ruas ibu jari, kunyit 1 jari, Air mendidih 100 ml, diseduh, diminum pagi dan sore, tiap kali minum 100 ml.

4) Asma :
2 potong kulit pohon asam jawa, adas pulawaras secukupnya. Kedua bahan tersebut direbus dengan 1 liter air sampai mendidih, kemudian disaring. Diminum 2 kali sehari.

5) Batuk kering :
3 polong buah asam jawa, ½ genggam daun saga. Kedua bahan tersebut direbus dengan 4 gelas air sampai mendidih hingga tinggal 1 gelas dan disaring. Diminum 2 kali sehari, pagi dan sore.

6) Sakit Panas :
2 polong buah asam jawa yang telah masak, garam secukupnya. Kedua bahan tersebut diseduh dengan 1 gelas air panas, kemudian disaring. Diminum biasa. (Catatan: Bagi ibu hamil tidak boleh minum resep ini).

7) Rheumatik :
1 genggam daun asam jawa, 2-3 biji asam jawa. Kedua bahan tersebut ditumbuk halus. Dipakai untuk kompres bagian yang sakit

8] Sakit Perut :
3 polong buah asam jawa yang sudah masak, kapur sirih dan minyak kayu putih secukupnya. Semua bahan tersebut dicampur sampai merata. Digunakan sebagai obat gosok, terutama pada bagian perut.
Atau :
3 polong buah asam jawa, 1 potong gula aren. Kedua bahan tersebut diseduh dengan 1 gelas air panas, kemudian disaring. Diminum biasa.
Atau :
2 polong buah asam jawa, 1 rimpang kunyit sebesar ibu jari, 1 potong gula kelapa. Kunyit diparut, kemudian dicampur dengan bahan-bahan lainnya dan diseduh dengan 1 gelas air panas, kemudian disaring. Diminum biasa

9) Morbili :
1 – 2 potong buah asam jawa yang telah masak, 2 rimpang kunyit sebesar ibu jari. Kunyit diparut, kemudian kedua bahan tersebut dicampur sampai merata. Digunakan sebagai bedak / obat gosok bagi penderita morbili.

10) Alergi / Biduran / Kaligata :
2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, ¼ sendok kapur sirih. Semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sampai mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Diminum 2 kali sehari, pagi dan sore.

11) Sariawan :
2 polong buah asam jawa, 2 rimpang temulawak sebesar ibu jari, 1 potong gula kelapa. Semua bahan tersebut direbus sampai mendidih hingga tinggal 1 gelas, kemudian disaring. Diminum biasa.

12) Luka Baru :
Daun asam jawa secukupnya. Daun asam jawa dikunyah sampai lumat, ditempelkan pada luka.

13) Luka Borok :
Beberapa biji asam Jawa. Biji asam Jawa ditumbuk halus, lalu ditempelkan pada luka, kemudian diperban.

14) Bengkak karena disengat Lipan / Lebah :
3 – 5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam Jawa ditumbuk halus. Bagian yang bengkak dibersihkan terlebih dahulu dengan kain yang dibasahi dengan minyak kayu putih, kemudian ditaburi/ditempeli dengan bubukan biji asam Jawa tersebut.



sumber dari: ustadzrofii.wordpress.com

dendeng balado asam jawa





Bahan-bahan:

1. Daging 1/2 kg
2. Asam Jawa
3. Cabai Merah 3 genggam – digiling dengan limau nipis & garam
4. Garam 1 sudu teh
5. Kentang 5 biji – dipotong & digoreng dahulu
6. Bawang Merah 10 biji
7. Bawang Putih 4 biji
Cara Membuat:

1. Daging direbus dengan air yang dibubuhi garam sampak masak & empuk
2. Dinginkan daging, dipotong sama besar, jangan terlalu tipis/tebal
3. Daging ditumbuk sehingga melebar (tapi jangan hancur)
4. Daging direndam dalam air asam jawa (dlm 15 menit)
5. Goreng sampai garing! & toskan minyaknya
6. Cabai merah digiling kasar
7. Bawang merah & bawang putih digiling kasar
7. Tumis bawang dan cabai sampai matang, tambahkan garam secukup rasa
8. Gaul Daging & Kentang yang telah digoreng tadi untuk disajikan


sumber dari: www.rushfa.com

biji asam jawa melegakan sengat lipan





Bahan-bahan:-
Biji asam jawa.
Cara-caranya:-
Pastikan bijinya di bersihkan jika ada sedikit sisa asam jawa yang terlekat tidak mengapa.
Tumbuk biji asam jawa tersebut sehingga halus, kemudian pupukkan ia pada bahagian yang terkena sengat.

Insyallah dalam beberapa saat, rasa sakit itu akan mula surut.


sumber dari: cahayacinta.com

asam jawa cap gunung



Asam Jawa Batang



sabun muka asam jawa





jus master jus asam jawa

 



gula asam jawa






kegunaan asam jawa





Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu asam jawa yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tidak boleh dikira banyaknya.

Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi). Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara seperti di India.

Buah asam jawa boleh dimakan segar dan ada dijual di pasar kebanyakannya di Utara seperti Kedah dan Perlis (bekalan dari Thailand). Asam jawa biasanya dijadikan jus minuman yang dicampur dengan air gula sebagai minuman segar terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia serta negara tropika lain. Kini jus asam jawa telahpun dibotolkan dan mudah didapati secara runcit oleh usahawan tempatan dalam pasaran domestik malahan ekspot. Syarikat ADABI menghasilkan puri asam jawa yang ‘sedia guna’ dan mendapat pasaran yang sangat luas di Malaysia. Kordial minuman asam jawa juga merupakan antara perisa yang popular di Malaysia. Selain itu asam jawa juga merupakan bahan perisa asas dalam pelbagai jenis masakan atau makanan seperti kari, pelbagai jenis acar, pembuatan sos, bahan awet dan lain-lain lagi. Asam jawa sangat mudah didapati di pasaran dalam bentuk pulpa, berbiji atau tanpa biji yang dibungkus.

Peranan asam jawa dalam masakan memang penting dari zaman nenek moyang hinggalah kini. Ada pepatah Melayu yang berbunyi 'garam di laut, asam di darat; dalam periuk, bertemu jua'. Pepatah ini menunjukkan betapa pentingnya peranan asam dalam kehidupan harian masyarakat kita.

Di pantai timur Malaysia khususnya di Terengganu dan Kelantan, terdapat aktiviti industri asas tani dengan memproses asam jawa menjadi sejenis pencuci mulut. Caranya adalah dengan membuat asam jawa disalut dengan gula pasir, serbuk cili dan dibalut seperti gula-gula. Rasa masam, manis dan pedas ini sangat enak rasanya dan harganya juga sangat murah. Bagi Amerika Selatan, asam jawa diproses untuk dijadikan bebola manisan, minuman berkarbonat, sirap, jeli, jem, ais krim, bahan awet dan wain. Di Thailand pula, biji asam dikisar untuk dicampurkan ke dalam serbuk kopi.

Asam jawa juga digunakan sebagai sapuan untuk mengurangkan kesakitan akibat keradangan. Ia juga digunakan untuk berkumur-kumur bagi mengurangkan sakit tekak. Caranya adalah dengan mengambil sedikit garam dicampur ke dalam air asam dan kemudian ia boleh digunakan sebagai sapuan bagi melegakan sakit sendi. Daun asam jawa sama ada yang kering atau yang telah direbut boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak sendi dan terseliuh. Losyen atau ekstrak daunnya pula boleh digunakan bagi merawat sakit mata, sebagai antiseptik, merawat cirit-birit, jaundis, sakit kulit dan buasir. Kulit pokok asam jawa, jika digoreng dengan garam dan dikisar lumat boleh digunakan sebagai penawar ketakcernaan dan kolik. Air rebusannya digunakan dalam kes radang gusi, lelah dan sakit mata. Losyennya boleh digunakan pada kudis dan ruam ulat bulu. Tepung daripada biji asam digunakan untuk merawat bisul.

Terdapat laporan di Afrika Barat dimana air ekstrak dari buah lenggai asam jawa digunakan dalam pewarna untuk mewarnakan kulit kambing. Kulit buah atau pulpanya pula digunakan sebagai bahan pengikat bersama-sama kunyit dalam perusahaan membuat pewarna. Kulit buah yang dicampur air masin amat baik digunakan untuk mencuci dan mengilatkan barangan perak, tembaga dan loyang. Daun asam jawa boleh dijadikan makanan kepada ternakan lembu, kambing dan juga ulat sutera menggantikan daun mulberi. Daun dan bunga boleh dijadikan bahan cecair penting kepada bahan pewarna. Bunga asam jawa juga adalah sumber madu yang baik bagi lebah madu (Apis spp.) dimana madu tersebut berwarna kuning keemas-emasan dan sangat manis.

Kegunaan batang atau kayu pokok asam jawa dilaporkan dari jenis kayu keras, berat, kuat, tahan lama dan rintang terhadap serangan perosak. Kayunya digunakan untuk membuat perabot rumah, panel dinding, roda, gear untuk kilang, pembajak, dinding sampan, pemegang pisau dan alat-alat lain, anak lesung penumbuk beras dan lain-lain lagi. Selain itu, kayu ia juga boleh digunakan sebagai bahan bakar yang sangat tahan lama dan menghasilkan haba untuk masakan dan juga industri.

Kajian menunjukkan yang abu kayu yang asam jawa yang terbakar boleh digunakan bagi merawat dan menanggalkan bulu daripada kulit kambing. Sementara itu dahan, cabang atau akar pokok boleh digayakan untuk dijadikan tongkat (untuk mereka yang melebihi 40 tahun) atau dijadikan bahan hiasan.


sumber dari: ms.wikipedia.org

penanaman pokok asam jawa





Pokok asam jawa sangat mudah untuk dibiakkan dan cepat. Pokok ini mudah dibiakkan sama ada menggunakan biji benih atau secara tampang. Bijinya diketaui memang tahan lama disimpan dan sangat mudah bercambah. Apabila pokok asam jawa ditanam dari biji maka ia mula berbuah selepas 6-8 tahun manakala yang ditanam secara tampang akan berbuah selepas 3-4 tahun ditanam. Tangkai buah asam jawa adalah sangat kuat dan liat. Kajian di negara India, pengeluar asam jawa terbesar di dunia, biasanya akan dibiarkan buah masak di atas pokok hinggalah kandungan airnya berkurangan sebanyak 20%. Bagi tujuan untuk pasaran segar maka buah dipetik dengan menggunting tangkainya supaya lenggai tidak rosak. Sebelum itu dahan digoncang supaya buah yang masak gugur dahulu dan dikutip. Laporan di India menunjukkan pokok yang matang boleh menghasilkan 150-200 kg buah sepokok setahun atau lebih kurang 12-16 tan sehektar iaitu 30-55% pulpa, 11-30% kulit dan gentian dan 33-40% biji.

Pokok asam jawa dewasa mampu menghasilkan sehingga sebanyak 165-175 kg buah asam jawa setahun bergantung kepada saiz pokok dan cara pengurusan. Pembiakan adalah menggunakan kaedah cantuman dimana pokok mula mengeluarkan hasil 3-4 tahun selepas ditanam.


sumber dari: ms.wikipedia.org

pokok asam jawa





Pokok asam jawa adalah pokok saka yang mana pokok matang boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter. Pokok ini boleh hidup lama dan masih mampu mengeluarkan hasil walaupun telah berusia puluhan tahun. Pokok ini tahan dari serangan serangga perosak, tiupan angin kencang malahan tahan terendam dalam air berbanding dengan pokok lain. Batang utama pokoknya pendek tetapi mempunyai banyak cabang dan bentuk pokoknya adalah rimbun. Dahan dan cabang pokok mempunyai susunan yang terbuka luas. Dahan pokok amat kuat dan tahan tiupan angin kencang dan jarang-jarang sekah atau patah. Kanopi pokok asam jawa juga berbentuk seperti kubah yang bulat melebar. Pokok ini tahan kemarau dan mudah hidup di mana-mana jenis tanah sama ada pada tanah yang subur atau tanah bermasalah. Di kawasan Majlis Perbandaran pokok ini ditanam kerana ianya sesuai dijadikan pokok teduhan dan amat menarik jika ditanam sebagai penghias di bahu jalan.


Pencirian pokok asam jawa dikenali dengan daunnya berwarna hijau terang, panjangnya 10-15 cm daripada jenis pinat dengan anak daun berbentuk bujur sebanyak 10-20 pasang. Daunnya sentiasa menghijau tetapi apabila cuaca terlalu panas daun-daun ini akan gugur. Daun ini bertangkup pada waktu malam dan merupakan satu keunikan tanaman asam jawa yang saya pernah lihat.

Bunga asam jawa adalah agak kecil yang lazimnya berwarna kuning air dan tumbuh di cabang bahagian hujung. Kelopak bunganya adalah berwarna merah jambu. Ia akan gugur apabila bunga mengembang.

Bunga akan mengeluarkan buah Asam Jawa atau lenggai yang panjang dimana ianya agak melengkung sedikit, permukaannya genting dan mengelembung beralun yang menunjukkan ada biji benih yang terkandung didalamnya. Warna lengai asam jawa adalah coklat karat dan apabila matang buah lenggai akan menjadi rapuh dan mudah terbuka. Apabila lenggai telah merekah ia akan menampakkan isinya (pulpa) berwarna coklat gelap. Terdapat biji berwarna coklat kehitam-hitaman yang agak keras dan berkilat. Hampir setengah daripada berat lenggai terdiri daripada pulpa yang rasanya masam. Pulpa ini mengandungi gula (30-40%) dan asid organik seperti asid sitrik, tartarik, asid asitik dan asid askorbik (Vitamin C). Pulpa ini juga merupakan sumber bahan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral terutamanya kalsium. Walaupun mengandungi banyak gula tetapi bahagian pulpanya tetap masam juga.


sumber dari: ms.wikipedia.org

asam jawa -wikipedia





Asam jawa atau celagi ialah sejenis pokok saka malar hijau yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia.

Rekod dan sejarah menunjukkan yang ibu negeri Senegal diberi nama ‘Dakar’ dalam bahasa tempatan yang bermaksud “pokok asam jawa”. Pokok asam jawa adalah tumbuhan semula jadi di benua Afrika. Kini asam jawa telah tersebar luas ke serata dunia dan termasuklah yang ada di Malaysia. Ia juga boleh menjadi pokok hiasan selain ditanam sebagai pokok tanaman. Pokok ini diperkenalkan ke negara-negara di Asia melalui pedagang-pedagang Arab yang datang singgah ke asia tenggara. India ialah negara yang mempunyai tanaman dan ladang asam jawa yang paling luas di dunia. Didapati sebanyak 250,000 metrik tan asam jawa dihasilkan setiap tahun seluruh dunia dimana 65% dihasilkan di India. Asam Jawa digunakan untuk pelbagai kegunaan dimana sebanyak 3,000 metrik tan daripadanya dieksport ke Eropah dan Amerika Utara. Pokok asam jawa mempunyai pelbagai gelaran dan nama tempatan.

Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam Jawa, Asam Kemal, Asam Kuning (Melayu); Indian date, Sweet Tamarind, Tamarind (English); Anbli, Ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin; Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me chua (Vietnam); Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun); dan Khaam, Kok mak Kham (Laos).

Asam jawa mempunyai kelongsong yang mengandungi beberapa biji asam jawa didalamnya. Kelonsongnya yang keras akan dipecahkan dan isinya akan diasingkan dari biji benih yang terdapat didalamnya.

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak.

Pokok asam jawa sebenarnya merupakan tumbuhan anugerah Tuhan yang mempunyai pelbagai guna. Walau pun buah asam jawa merupakan komponen utama dalam masakan seharian tetapi khasiat lain tidak boleh di ketepikan. Banyak kajian boleh dijalankan bagi mengoptimakan penggunaan tumbuhan asam jawa. Malaysia mengimpot 60-80% asam jawa dari negara jiran (terutama dari India) kerana pengeluaran tempatan sangat kurang. Kempen dan usaha untuk menanam pokok asam jawa boleh dijalankan terutama di kawasan tanah terbiar dan juga di kawasan tanah-tanah bermasalah seperti di kawasan tanah Bris, tanah gambut, tanah bekas lombong dan juga tanah asid sulfat.


sumber dari: ms.wikipedia.org

asam kepin asam gelugoq






asam gelugur pasar tani





sumber dari:suriaamanda.blogspot.com


asam gelugur di jemuran




sumber dari: chequesuechekgu.blogspot.com



asam gelugur mengubat tumit pecah





Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.


sumber dari: epetua.com

khasiat rebusan asam gelugur



Buah Asam Gelugur


Beberapa wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.
Ternyata asam gelugur atau nama botaninya Garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan.
Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.
Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropa.
Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.
HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.
Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.
Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.
Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.
Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.
Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.


sumber dari: inntann.wordpress.com

khasiat asam gelugur Hulu Tembeling




JERANTUT 10 Nov. - Asam gelugur atau asam keping sinonim dengan masyarakat di pedalaman daerah Jerantut dan Lipis khususnya menjadi perencah dalam masakan tradisional tempatan seperti gulai asam dan asam pedas.
Kebiasaannya, tanpa asam keping, ia bermakna masakan berkenaan mempunyai kekurangan dan tidak menimbulkan selera ketika menjamah hidangan berkenaan.
Buah asam gelugur dikatakan tanaman berasal dari India dan Thailand.
Itulah sebabnya penggunaannya dalam masakan penduduk negara itu sangat meluas.
Selain itu, buah berkenaan juga boleh diperoleh di seluruh kepulauan Asia Tenggara dan Afrika Tengah.
Bagi masyarakat di Hulu Tembeling dekat sini, asam gelugur memang mudah didapati kerana pokoknya tumbuh meliar di segenap ceruk kampung dan di tebing sungai.
Malah kini buah asam gelugur telah dikomersialkan dan boleh diperoleh di mana-mana premis perniagaan runcit termasuk pasar tani atau pasar sehari.
Menyingkap dari segi saintifik dan fungsinya, buah asam gelugur atau Garcinta Cambogia berasal daripada keluarga Guttiferae yang digunakan dengan meluas dalam masyarakat Melayu negara ini sebagai bahan perasa tambahan untuk menyedapkan lauk-pauk.
Buah yang juga dikenali sebagai Malabar Tamarind bagi penduduk India, bukan sahaja menambah keenakan masakan tetapi juga menjadi produk komersial untuk mengurangkan berat badan di kalangan masyarakat Eropah.
Asam gelugur mengandungi sejenis asid utama hydrocitrate yang dikaji oleh saintis pemakanan terbukti sangat berkesan untuk membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan.
Minyak asam gelugur mempunyai tiga fungsi asas yang utama iaitu mengurangkan lemak atau kegemukan, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan selera makan.
Dari segi perubatan India kuno (Ayurveda), asam keping ini dipercayai boleh mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.
Bagi penduduk Hulu Tembeling, buah ini sememangnya mempunyai khasiat dari segi perubatan tradisional dan kepelbagaian kegunaan.
Bagi penduduk Kampung Bantai dekat sini, Siti Rahijah Ahmad, 65, golongan tua mengamalkan kaedah perubatan tradisional berasaskan buah asam gelugur khususnya mengenai penyakit dalam perut dan bengkak di anggota badan.
"Namun, kita lebih gemar menjadikan asam keping atau gelugur ini sebagai perencah dalam masakan gulai asam dan asam pedas ikan Sungai Tembeling yang dijadikan hidangan sejak turun-temurun di sini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kampung itu hari ini.
Dia berkata, permintaan yang begitu baik di pasaran menyebabkan asam gelugur kini boleh dikomersialkan untuk menambah pendapatan.
Katanya, pokok asam gelugur yang banyak tumbuh meliar di kawasan kampungnya menyebabkan penduduk tidak perlu bersusah payah ke pekan atau bandar untuk memperolehnya.
Sementara itu, Siti Abidah Mat Liki, 45, berkata, dia dan sepupunya, Siti Rahijah telah mengusahakan perniagaan asam gelugur secara kecil-kecilan sejak lima tahun lalu.
"Buah yang ranum banyak gugur ke tanah memudahkan kami mengambil selain mengait terus dari pokok yang tumbuh di hujung kampung.
"Buah asam gelugur ini kemudian dibasuh dan dihiris nipis-nipis untuk memudahkannya dijemur di bawah panas terik matahari selama beberapa hari," jelasnya.
Kata Siti Abidah, isi keping asam gelugur akan bertukar menjadi warna coklat dan kehitaman selepas dijemur sebelum boleh digunakan untuk campuran ke dalam masakan.
"Biasanya, kami jual asam keping ini dengan harga RM2 dalam ukuran kuantiti tin susu pekat dan memperoleh pendapatan antara RM60 hingga RM80 setelah habis dijual," katanya.
Siti Abidah menambah, kerja mengambil, membersih, menghiris dan menjemur asam gelugur kebiasaannya masih dilakukan di kalangan orang-orang tua manakala orang muda jarang melakukan kerja yang remeh itu.



sumber dari: utusan.com.my

menjemur racikan asam gelugur






sembilang salai daun gelugur





Bahan-bahan
1 kg ikan sembilang
2 biji kelapa - diperah 3 cawan pati santan
100 gm cili api - ditumbuk halus
5 cm kunyit hidup - ditumbuk halus
5 helai daun gelugur - diracik halus
garam secukup rasa
Cara Membuat
  • Ikan dibersihkan dengan asam dan garam untuk menghilangkan bau hanyirnya kemudian disalai hingga kering.
  • Daun asam gelugur dicelur hingga empuk kemudian diramas dan dibuang airnya untuk menghilangkan rasa masamnya.
  • Masukkan pati santan, bahan-bahan tumbuk dan daun gelugur kedalam periuk kemudian jerang diatas api yang sederhana.
  • Bila mendidih, masukkan ikan sembilang salai dan garam. Kacau untuk seketika dan angkat.



sumber dari: riezanie2u.blogspot.com