khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Tuesday 28 February 2012

car kueh teow mesti ada kucai






kucai berdaging ala thai


rsz_dsc_3872



BAHAN-BAHANNYA :-)

1 ikat bunga kuchai (seperti dalam gambar di atas)
300 gram daging batang pinang
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
1 inci halia muda, hiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, hiris
8 biji cili padi, dititik
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar pes tomyam
Sedikit gula
Sedikit air
Sedikit sos ikan jika perlu (mat tak letak)


CARA MEMBUATNYA :-)

Bunga kuchai, dicuci dan toskan hingga kering. Kemudian kerat pendek kurang lebih 1 1/2 inci. Daging batang pinang dihiris nipis, cuci dan tos. Ketepikan.
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili padi hingga harum, masukkan sos tiram dan pes tomyam, kacau rata dan masukkan daging, kacau dan biar daging kecut sedikit. Tuang sedikit air.
  2. Masukkan tauhu dan gaul rata. Tambah hirisan bawang besar, bunga kuchai dan sedikit gula, kacau rata dan masak sekejap hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit sos ikan. Matikan api dan hidangkan panas bersama nasi hangat.


sumber dari:tiffinbiru.com

bunga kucai

bungakucai01

bungakucai02

bungakucai03



sumber dari: seribu-makna.blogspot.com

kucai goreng mak ngah



Kembang Kucai



sayur lemak kucai





Bahan-bahan ( 2 org makan )

segenggam cukai agak2 dlm seringgit
1 cawan santan pekat
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
beberapa hirisan cili merah
2 biji telur
1 bungkus soun
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

soun direndam terlebih dahulu bawang merah dan bawang putih dihiris spt biasa..masukkan sekali dgn santan tetapi separuh shj..dan sedikit air apbl mendidih masukan telur biarkan shgga masak kemudian masukkan kucai serta hirisan bawang,last sekali br masukn lebihan santan garam dan gula dan kacau jgn biarkan mendidih terlalu lama takut pecah minyak 

anggerik kucai







kucai -wikipedia





Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.

Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.

Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.

Ia boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.

Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijagai, iaitu tanah yang subur.

Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.



sumber dari: wikipedia.org

udang galah lemak jintan manis







Udang Galah Lemak Jintan Manis

Assalamualaikum, minggu ini cuti hujung minggu panjang sedikit disebabkan cuti Labour Day. Kak Bedah kat sana boleh lah tergulik-gulik ngan dak kuntaw....sian dia...ini lah masa nak bermanja mesra ngan Cikgu Bedah.....hehehe! Auntie pun sedih juga apabila terkenang zaman bekerja dulu....bila tinggalkan abang boy dulu...dia tak nangis auntie yang nangis tergulik2....tapi itu semua dah berlalu tinggal kenangan...hahaha.

Ok kita berbalik pada cerita memasak pula, semalam Nur masak Udang Lemak Jintan Manis....sedap rasanya tapi disini tak ada udang galah jadi Nur gunakan udang yang biasa saja. Dah lama simpan resipi ini baru kali ini dapat mencubanya. Nenas pun Nur tak letak sebab tak ada stok mungkin kalau ada boleh rasa masam-masam sedikit...apa-apa pun resipi ini tetap tak menghampakan. Resipi dari Ummi-keluaran Majalah Jelita. Nur copy terus dari blog Ummi....terima kasih ya Ummi berkongsi resipi. Nur panjangkan resipi Ummi disini pula.


 
Bahan:-

4 ekor udang galah / udang besar
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/4 biji nenas madu (ambil yg muda sikit)
1 tangkai cili hijau - dibelah 4
6 tangkai cili padi merah - diketuk/belah
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk Halus:-
2 sudu kecil jintan manis
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 cm kunyit hidup
Cara Memasak:-

Bersihkan udang dan toskan. Nenas dipotong kecil. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam caserol/periuk, tumis bahan tumbuk dengan api perlahan. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan nenas dahulu dan diikuti dengan udang galah.
Masukkan garam secukup rasa dan kacau.
Akhir sekali masukkan santan pekat, cili padi/cili hijau yang dibelah dan kacau hingga nampak kuah hampir mendidih. Tutup api serta merta sambil dikacau sekejap agar santan tidak berkepala. Hidangkan bersama nasi putih.



sumber dari: fiqah99.blogspot.com

khasiat ubatan jintan manis





Buah:

Sebagai antibakteria, antiseptik, antispasma, diureti, stimulant, tonik, dan tonik perut, merangsang peluh, merangsang dan meningkatkan penghasilan susu.
Campuran dengan bahan lain digunakan untuk merawat angin dalam perut dan usus, batuk, demam panas, gonorea, mabuk pagi, sakit perut, dan tonik selepas bersalin.
Buah dikunyah untuk mengatasi angin dalam perut, nafas berbau, dan sedu.
Air rebusan disapu pada kulit berminyak.
Minyak esen digunakan sebagai ubat luaran untuk mengatasi angin dalam perut dan usus, kekejangan, untuk meningkatkan aktiviti otak dan badan.
Campuran minyak jintan manis , minyak adas pedas dan madu ledah diambil untuk merawat batuk dan bronchitis.
Kandungan:

Buah-9% air, 35% karbohidrat, 18% protein, 16% lemak, 15% fiber, aldehid asetik, besi, beta-amirin, fosforus, glikosid flovonoid, kalium, kalsium, koumarin, magnesium, minyak esen, miristisin, sitosterol, natrium, zink.
Kandungan utama minyak esen ialah anetol, dan kandungan lain ialah alfa-zingiberen, alcohol anisik, anetol epoksida, anisaldehid, ar-kurkumen, asid anisik, beta-bisabolen gama-himcalen, germakren D, dan metal cavikol.


jintan manis antara ramuan utama nasi kandar





Rempah yang tinggi aroma dan menjadi pilihan utama dalam Lauk pauk Nasi Kandar.

Dalam Bahasa Inggeris Fennel Seed.
Rempah ini kalau yang baru berwarna kehijaun atau pun berwarna coklat berkuningan.
Dalam bahsa Tamil orang tempatan digelar “shombu” atau pun “Periacheeragam” yang bermakna jintan yang besar.
Kegunaan dalam resepi nasi kandar sebagai biji atau pun serbuk.
Tanpa serbuk ini resepi nasi kandar tidak menjadi.
Rempah kari yang siap kita beli di kedai tidak akan beraroma tanpa serbuk jintan ini.
Di Pakistan dan India Jintan ini digoreng kering dan dikunyah begitu saja untuk penghadaman dan juga sebagai pewangi mulut.

jintan manis menghalang H1N1





Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.

Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.

Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir. Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

Original article from http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html

khasiat jintan manis





  1. pencernaan makanan
  2. masalah angin (sekali gus membaik ipencernaan dan selera)
  3. legakan sakit perut. kalau ni, uols rendam je ngn air panas, pastu minum.
  4. julap semulajadi. ahaks!
  5. sakit buasir
  6. masalah insomnia. hehe.. ni pade sape2 yg ssh sgt nk tido..
  7. baik tuk ibu yang menyusukan sebabnye die membantu tuk merembeskan susu dgn banyak.
  8. masalah pernafasan
  9. sakit tekak. uols rebus, pastu minum air die.
  10. bisul. hahaha.. opkos la bkn minum. uols tumbuk2 pastu sapu.
  11. buang lemak kat pangkal peha. haa..!! part ni yg paling aku suke. haha. caranye, uols minum air rebusan cik jintan neh pagi and petang selama sebulan.




jintan manis rasa manis



jintan-manis


Nama Saintifik: Foeniculum vulgare
Nama Inggeris: Fennel seed


Jintan manis adalah rempah yang beraromatik dan mempunyai rasa manis. Ia bewarna koko atau hijau ketika muda dan bertukar menjadi kelabu setelah matang. Ia mempunyai rasa menthol yang rendah dan sedikit tengik serta herba. Benih jintan manis terbahagi kepada dua, dan satunya kadang-kala tertinggal di tangkai.

Dalam masakan Melayu, ia sering digunakan bersama jintan putih dan dianggap rempah terbaik untuk masakan ikan. Selain itu, ia juga digunakan untuk menambah rasa ke dalam roti, gula-gula dan kek.

Monday 27 February 2012

nasi jintan manis






Bahan2:-

41/2 cawan beras basmati-(Di basuh, rendam sekejap,basuh & tos)
1 biji bawang besar dihiris nipis
4 biji bawang putih ditumbuk atau dicincang
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu besar minyak sapi ganti dengan majerin
2 biji pelaga
1 inci kayu manis
2 bunga cengkih
2-3 daun pandan
11/2 kiub vegetable stok
4-5 sudu besar plain yogurt
5-6 cawan air-(ikut jenis beraslah ya)
2 biji cili hijau dibelah tak payah putus
2 sudu besar susu cair
garam + secubit perasa

Cara2:-

Panaskan minyak sapi dan tumis cengkih, kayu manis dan pelaga.
Masukkan serbuk jintan putih, hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Kacau hingga naik bau dan layu.
Masukkan lada hijau,serbuk kunyit, garam & beras yang sudah dibasuh & tos tadi. Gaul rata dan masukkan plain yogurt, kiub vegetable, susu dan air.
Biarkan masak macam masak nasi biasa.



sumber dari: chequesuechekgu.blogspot.com

tempe goreng berempah



Tempe Goreng Rempah


BAHAN-BAHANNYA :-)

2 paket tempe (yang bungkus dalam plastik)
2 camca besar tepung jagung
Sedikit air
1 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 camca teh ketumbah biji*
1/2 camca teh jintan halus*
1 camca teh jintan manis*
15 biji lada hitam*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe, dikerat dua dan hiris nipis. Gaul kan dengan semua bahan2 diatas hingga rata kecuali air. Tuang sedikit air dan gaul hingga bahan2 menyaluti tempe tadi.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng tempe dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing. Jangan goreng terlalu banyak untuk sekali gorengan.
  3. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sambal kicap atau cili sos......


sumber dari: www.tiffinbiru.com

jintan manis -mewangikan badan





Ramuannya:
Kulit Limau Purut 3 biji
Jintan Manis 1 jemput
Cekur 1 jemput
Jerangau 1 jemput
Kayu Cendana 1 jemput
Jintan Hitam 1 jemput
Rebus dan minum airnya.




Sunday 26 February 2012

saffron dalam minuman





Bagi mereka yang ingin mengamalkan saffron didalam pemakanan seharian, seeloknyaa diminum pada waktu pagi dan malam. Masukkan tiga helai / urat saffron ke dalam secawan atau segelas air panas dan nikmati kesegaran serta aromanya.

Amalkan setiap hari sebagai minuman rutin. Dengan pengambilan tetap minuman ini pada setiap hari dalam jangka masa tertentu akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahan terhadap pelbagai penyakit.

keistimewaan saffron






Antara keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia ( kekurangan zat besi ), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid ), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing ( renal colic ), kesuburan ( fertility ), menambah selera makan untuk kanak-kanak ( increase appetite ) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang ( sedative ).

Saffron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya wanita menggunakan saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah.

Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan saffron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan saffron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.

Dengan kandungan saffron yang mempunyai kuasa penenang semulajadi, maka di Timur tengah saffron telah dijadikan sebagai minyak wangi yang dipanggil Zaafran Attar. Ianya juga turut digunakan sebagai pewangi di dalam jenama minyak wangi ( perfume ) antarabangsa yang lain. Pada masa ini saffron turut dijadikan bahan asas dalam pembuatan bahan dalam pembuatan bahan penjagaan tubuh seperti sabun, losyen dan sebagainya.

Saffron juga sering dijadikan ramuan penting dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia, saffron banyak digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci mulut ( desert ). Didalam industri tenusu saffron juga memberikan warna yang cantik kepada mentega dan keju serta digunakan didalam pembuatan aiskrim, jem dan extract saffron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi kesihatan.

saffron -emas padang pasir






Saffron berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning ( yellow ), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia.

Herba yang digelar ‘Emas Padang Pasir’ ( Gold of the Desert ) juga dikenali sebagai ‘Spice King’, ‘Spice Queen’, ‘Vegatable Gold’, dan ‘Flower of Love’. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya ( excellent stimulant ) sejak dari dulu lagi.

Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Tumbuhan dengan nama saintifiknya ‘Crocus Sativus Linneaus’ telah dikenali ramai sejak ribuan tahun dahulu sebagai rempah ( spice ) yang paling benilai dan berharga.

Ianya telah digunakan di seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah, India dan negara-negara Eropah. Lebih dari 60 negara di dunia mengenali saffron dengan sebutannya yang berlainan seperti Parsi : ‘Za’afaran’, Jepun : ‘Safuran’, Hindi : ‘Kesar’, China : ‘Fan Hong Hua’, Tamil : ‘Kungumappu’ dan Bahasa Melayu ‘Koma-Koma’.

Tiada tarikh yang tepat bilakah bermulanya penanaman saffron, tetapi ianya dipercayai telah mula ditanam sejak zaman pra-sejarah Greek ( Prehistoric Greek ).

Kini saffron banyak ditanam di Barat Mediterranian ( Sepanyol ) sehingga ke Asia ( India dan China ). Ianya juga telah mulai ditanam di Australia, AS dan Amerika Selatan ( Mexico dan Argentina ). Hari ini negara pengeluar-pengeluar utama saffron adalah Iran, Greece, Sepanyol, India, Morocco, Turki dan Itali.

Lebih dari 85 peratus ( kira-kira 400 tan metrik ) pengeluaran saffron dunia datangnya dari negara-negara tersebut. Manakala pengimport saffron terbesar dunia adalah negara Jerman, Itali, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.

Dianggarkan lebih dari 1400 spesis bunga saffron di seluruh dunia. India ( Jammu dan Kashmir ) adalah negara yang menghasilkan kualiti saffron terbaik di dunia ( sejarah menyatakan di wilayah ini bermulanya era penanaman saffron ).

saffron di sudut kesihatan





Untuk tujuan perubatan, khasiat saffron memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Semenjak beribu tahun dahulu, herba mahal ini telah digunakan oleh pengamal perubatan herba sebagai ramuan ubatan dalam merawat penyakit.

Saffron dikatakan amat berguna sebagai ubat sakit perut dan antipasmodik dan ia dikatakan mampu membantu pencernaan dan meningkatkan selera makan. Selain itu, herba ini juga dikatakan mampu melegakan kolik (kembung disebabkan angin) dan melegakan tekanan.

Saffron didakwa mampu diambil oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak menentu serta mereka yang mahu hamil. Selain itu, ia juga dikatakan mampu menambahkan tenaga zahir dan batin.

Bagi ibu-ibu mengandung, Saffron dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Saffron mempunyai nilai perubatan. Saffron berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.

Pada zaman silam, penggunaan saffron hanya terhad kepada wanita golongan diRaja dan kalangan bangsawan serta saudagar sahaja. Namun pada masa kini, semua golongan boleh menggunakannya. Malah bagi mereka yang mempunyai wang, boleh menggunakan alat solek mahupun produk kecantikan yang menggunakan saffron sebagai salah satu bahan ramuannya. Selain kemampuannya untuk merawat jerawat atau penyakit kulit dengan berkesan, penggunaan saffron juga boleh mengekalkan awet muda.

Khasiat lain saffron adalah untuk merangsang minda dan pertumbuhan sel-sel otak manusia. Ia juga dikatakan amat sesuai diberikan kepada bayi dan kanak-kanak kerana mampu merangsang pertumbuhan akal dan fizikal mereka. Bagi mendapatkan khasiat ini, dikatakan saffron amat sesuai dimakan bersama madu asli.

Saffron juga dikatakan mampu melegakan kelesuan dan keletihan kerana ia mampu menguatkan jantung dan juga sistem saraf. Ia turut boleh dimasukkan ke dalam susu dan dijadikan minuman untuk mereka yang mengalami masalah kardiak ringan.


saffron ramuan istimewa





Saffron sememangnya ramuan istimewa kerana dikatakan mampu memberi warna dan rasa pada makanan. Di India, ia banyak digunakan dalam nasi, minuman dan pencuci mulut. Di Jepun, ia digunakan bagi menambahkan kelazatan ikan mentah yang dimakan.

Di Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu dengan menghidangkan kek saffron. Begitu juga di Spanyol, sejenis masakan yang menggunakan bahan ini sangat terkenal di seluruh dunia. Biasanya pelawat atau pelancong yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum menjamah ‘Spanish cuisine’ tersebut.
Manakala warnanya yang kuat adalah disebabkan oleh karotenoid yang terkandung di dalamnya. Herba ini juga dikatakan tinggi dengan kandungan thiamine dan juga riboflavin. Disebabkan kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat, maka hanya sedikit sahaja diperlukan untuk tujuan tertentu. Selalunya saffron digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.


saffron =paling banyak di Parsi





Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Barat dan paling banyak ditemui di Parsi. Spesies crocus pula banyak ditanam di zaman Eropah silam. Dikatakan orang Monggol telah menbawa dari Parsi ke India.

Herba saffron juga telah disebut dan dicatatkan di dalam perubatan Ayurveda sejak ribuan tahun dahulu. Dikenali juga sebagai kumkum atau kuma-kuma, lebih daripada 20 ubat-ubatan Ayurveda memiliki bahan saffron di dalamnya.

Kandungan utama yang terdapat di dalam saffron adalah minyak asas. Beberapa terpene aldehyd juga telah ditemui termasuklah terpene (pinene, cineol). Rasa pahit yang terkandung dalam saffron pula adalah daripada picrocrocin.

khasiat saffron






Proses Penghadaman
Menghilangkan Bau Mulut
Pencernaan
Asma
Sembelit
Sakit Perut
Keletihan
Selsema
Sakit Sendi
Menguatkan Ingatan
Tidur yang nyenyak
Penyakit Saraf
Selera Makan
Melancarkan Darah


saffron di sudut farmasiutikal






Seperti lain-lain rempah , Saffron juga terkenal dengan kelebihan farmasiutikal dari zaman dahulu dan daripada penyelidikan sains moden dari segi kegunaannya didalam ubatan tradisional dan herba. Kini Saffron juga digunakan dalam menghasilkan ubatan menggantikan bahan kimia. Kajian membuktikan bahawa Saffron adalah bahan penting untuk ubatan kimia dan akan menjadi satu revolusi didalam industri Farmasiutikal


kelebihan saffron






Pencerna makanan
Perangsang perut
Antiflatulence
Perangsang Tenaga Batin
Pelali untuk Penyakit Asli
Bahan Penenang
Bagus Untuk Tidur
Menguatkan Ingatan
Baik Untuk Tumpuan Perhatian
Anti-Convulsion
Anti-Spasm
Anti-Alzheimer
Anti-Parkinson
Mengawal Darah Tinggi dan Kolestrol
Baik untuk Rawatan Penyakit Anemia
Mengurangkan risiko untuk Serangan Jantung
Menguatkan Dinding Arteri dan Heart Flourishin
Anti Lelah
Baik untuk rawatan Batuk dan Selsema
Pengaliran darah dapat ditingkatkan pada retina mata
Baik untuk rawatan ketidakstabilan didalam retina yang disebabkan penuaan
Baik untuk Gejala Retinopathy Ischematis
Baik untuk merawat bengkak dan rheumatic sebagai ubatan luar
Baik untuk merawat dysentery
Demam Campak
Hepatitis
Splenomegaly
Salur pundi kencing yang berkuman


saffron -khazanah alam termahal





Saffron adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Saffron mempunyai 3 kelopak bunga dan kelopak daun yang berwarna unggu.

Adalah sangat menarik diketahui , hanya lima hingga tujuh kilogram Saffron kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah.

Saffron tergolong antara khazanah alam yang termahal didunia. Saffron mengandungi khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Kajian sains membuktikan bahawa saffron berpotensi digunakan sebagai salah satu elemen penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit. Penggunaan Saffron bukan sahaja dapat mencerahkan kulit sekaligus dapat melembutkan kulit. Bagi anda yang mengidamkan kulit yang cerah dan sihat, Saffron adalah jawapannya.

Bagi ibu-ibu mengandung , Saffron dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Saffron mempunyai nilai perubatan. Saffron berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.



Sunday 12 February 2012

kas-kas biji popi ramuan ubat batuk





Ði Timur, biji popi putih memang biasa digunakan dalam masakan. Makanan India seperti kari dan rempah campuran mengandungi sejumlah kecil biji popi. Ia berfungsi untuk memekat dan menambah rasa dalam kari.

Manakala di barat pula, minyak daripada biji popi atau dalam bahasa Perancis dikenali sebagai oillette, digunakan untuk tujuan masakan dan pengganti kepada minyak zaitun. Jenis biji popi Eropah, papaver rhoeas, digunakan pula untuk dibuat cecair pekat atau sirap dan digunakan dalam sup dan kordial. Jenis ini juga turut dikenali sebagai ‘sakit kepala’ kerana apabila menghidunya boleh menyebabkan rasa pening sementara.

Sirap biji popi barat memiliki ciri-ciri anodin (mereda dan melegakan sakit) dan ekspektoran (menggalak rembesan kahak oleh salur-salur udara supaya ia lebih mudah dibatukkan). Manakala sirap biji popi timur memiliki ciri-ciri anodin dan narkotik (melegakan kesakitan). Ramuan ubat batuk dan sirap juga banyak dibuat daripada jenis biji popi timur. Ramuan daripada air rendaman biji popi dikatakan mampu digunakan untuk melegakan kesakitan telinga dan gigi.

Satu sudu biji popi mengandungi kira-kira 1.6 gram protein, 3.7 gram lemak, 2.5 gram karboohidrat dan 46 kalori. Biji popi juga mengandungi sumber mineral yang baik seperti mangan, kalsium, magnesium, fosforus, besi, zink, kalium dan selemium. Ia juga kaya serat dan mengandungi asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6.




kas-kas biji popi penggalak





Biji popi dari sepesies papaver somniferum berasal dari Timur Tengah dan kini banyak tumbuh di China, Indo-China, India dan Afghanistan. Somniferum bermakna ‘pencetus tidur’ dan kesan narkotik ini menggalakkan penanamannya. Lebih dikenali sebagai biji kas kas oleh masayarkat Malaysia, ia banyak digunakan untuk tujuan masakan.
Biji popi dari timur menghasilkan lebih candu. Manakala dari barat menghasilkan kurang candu dan getah yang menghasilkan dadah ini hilang apabila bunganya berkembang. Biji popi biru dianggap sebagai biji popi Eropah kerana jenis ini sering dilihat pada roti, bagel dan konfleksi di Barat.

Biji popi putih pula dirujuk kepada India, Timur Tengah atau Asia disebabkan ia banyak digunakan dalam masakan di negara-negara tersebut. Namun begitu, sebenarnya tidak banyak perbezaan dari segi antara kedua jenis ini, jadi penggunaannya lebih kepada estetika atau bila ia boleh diperolehi.

Untuk mengenali biji popi memang tidak sukar. Bijinya amat kecil dan keras, sama seperti bijian. Tidak kiralah ia dari jenis barat atau timur, keduanya mempunyai rasa dan tekstur yang hampir sama. Bijinya akan matang dalam kapsulnya selepas bunganya beransur hilang. Bijinya boleh diperolehi dengan mudah dalam bentuk kering.

Biji popi amat keras untuk dihancurkan. Jika anda tidak mempunyai pengisar khas untuk biji popi, apa yang boleh anda lakukan adalah memanggang bijinya terlebih dahulu dan kemudian gunakan lesung batu untuk menghancurkannya.

Biji popi boleh digunakan sama ada salam bentuk asal atau hancur dalam masakan dan bakeri. Apabila digunakan dalam masakan yang tidak dimasak seperti salad, bakarlah bijinya terlebih dahulu kerana cara ini mampu menaikkan rasa dan aromanya. Apabila biji popi digunakan untuk pastri, rendamlah ia dalam air mendidih dan biarkan ia selama satu hingga tiga jam sebelum dikisar.


kas-kas digunakan dalam salad





Kas-kas adalah biji popi yang sudah matang atau masak menjadi perencah penyedap dalam masakan oleh masyarakat India.

Kas-kas digunakan dalam penyediaan nasi beriani dan masakan kari seperti kari kepala ikan.Kas-kas juga digunakan oleh masyarakat India untuk memekatkan kuah kari dan menaikkan rasa kuah tersebut. Kas-kas dihancur halus dan digaul bersama kuah.

Kas-kas juga adalah salah satu bahan dalam indusri pembuatan bahan makanan seperti roti. Ia digunakan dalam penghasilan roti jenis kek dan bread roll di negara-negara Barat dan juga digunakan sebagai bahan perasa dalam salad.

Dari sudut perubatan dan kecantikan, kas-kas digunakan bagi mengurangkan sakit badan. Ia dicampur dengan air dan dijadikan air herba. Kas-kas boleh dijadikan losen badan bagi tujuan melembutkan kulit badan.




kas-kas boleh mengkhayalkan





ISU penggunaan kas-kas untuk menyedapkan masakan termasuk nasi briyani, kari dan kurma agak panas hingga ada pihak yang mahu bahan itu diharamkan berikutan dakwaan ia boleh menyebabkan khayal dan ketagih.

Namun Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sedia mengarahkan semua ahlinya menghentikan penggunaan kas-kas sebagai salah satu resepi masakan jika benar-benar ada bukti termasuk bukti saintifik bahawa bahan itu boleh membawa ketagihan. Presidennya, Syed Jamarulkhan Kader. berkata tanpa herba kas-kas sekali pun, masih ada alternatif untuk menyedapkan masakan seperti gajus dan badam tetapi harganya agak mahal. “Cuma dari aspek masakan. kas-kas adalah antara yang terbaik kerana ia mem-bolehkan masakan seperti kari atau kurma tidak cepat basi berbanding gajus atau badam.” katanya kepada Berita Minggu. Malah sekiranya satu periuk besar kari dimasak sejak jam 8 pagi, ia tidak menjadi basi walaupun sehingga jam 3 petang. Sebagai seorang peniaga dalam industri makanan, sudah semestinya mencari alternatif terbaik bagi menentukan masakan itu tahan lama, sedap dan harga berpatutan.

Beliau hairan mengapa orang luar hanya tahu bising-bising tanpa menyelidik apa itu kas-kas atau datangnya dari mana atau pernah meiihat secara lebih dekat. Kas-kas atau nama saintifiknya ‘Papaver somniferum’ ha-nyalah tumbuhan perasa (rempah) berbentuk biji halus yang terkenal di India.”Penggunaan kas-kas sama seperti kayu manis, ketumbar. buah pelaga, jintan manis dan pelbagai herba lain yang sering digunakan dalam masakan tradisional India yang mula diperkenalkan sejak lebih 1,000 tahun lalu. Setahu saya, penggunaan kas-kas berlebihan dalam masakan hanya menyebabkan rasa pahit dan bukannya gian atau khayal.” katanya.

Malah, kas-kas perlu digiling terlebih dulu sebelum digaul bersama masakan. Ia hanya memberikan kesan aroma, pekat dan lemak sekiranya diletakkan dalam kuantiti berpatutan. Cuma bagi mereka yang berminat untuk memastikan kas-kas itu boleh mendatangkan khayal, bolehlah cuba makan kas-kas sebanyak satu kilogram secara terus. Tetapi adakah sesiapa yang sanggup? Sama seperti makan ajinomoto dengan kuantiti yang besar secara terus, adakah anda sanggup berbuat demikian.

Bagi menyokong pendapatnya, pakar botani Universiti Malaya (UM) dan saintis tempatan, Prof Dr Mohamed Abdul Majid sendiri sudah mengeluarkan pendapat berhubung biji popi tidak mengandungi bahan narkotik kerana cecair yang menghasilkan opium pada tunasnya, hanya wujud sebelum biji terbentuk sepenuhnya. Malah, opium adalah getah kering dari biji yang belum masak. Popi pula dihasilkan daripada biji yang sudah masak. yang tidak mengandungi bahan kimia narkotik. Jadi penggunaan biji popi adalah tidak berbahaya kerana kandungan alkaloid adalah sangat kecil. kira-kira 50 bahagian tiap sejuta. Jadi kenyataan media yang menyebut penggunaan kas-kas sebagai ramuan dalam masakan adalah satu kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan boleh dikenakan tindakan termasuk penjara oleh Timbalan Menteri Kesihatan. Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad perlu diperbetulkan.

“Bukan kas-kas tetapi bahan perangsang yang disyaki dibubuh dalam makanan, itu sememangnya salah. Jadi fakta perlu diperbetulkan supaya t idak ada salah faham di kalangan masyarakat umum. “Saya tidak faham mengapa isu penggunaan kas-kas dalam masakan ditimbulkan. malah ada yang sangsi sejauh manakah selamatnya makanan seperti kari dan kurma daging yang memperlihatkan penggunaan biji kas-kas menjadi resipi utama sebagai senjata membangkitkan selera pelanggan,” katanya.

Syed Jamarulkhan mahu masyarakat faham bahawa penggunaan kas-kas bukan saja tertakluk kepada masyarakat India Muslim tetapi digunakan secara meluas di kalangan masyarakat Melayu dan bangsa lain.

“Saya faham Ahli Parlimen mempunyai hak bersuara atau membangkitkan sesuatu isu, tetapi mereka juga harus faham, isu yang dibangkitkan itu perlu ada manfaat untuk rakyat. “Jangan main hentam-keromo dan mencetuskan pandangan negatif kepada sesuatu pihak. Ini yang tidak betul kerana India Muslim sudah lama bertapak di Malaysia. Malah sudah tiga empat generasi dibentuk dan menjadi rakyat Malaysia,” ujarnya.

Perlu diingatkan, Presma tidak mempunyai apa-apa niat selain untuk mencari rezeki di tanah bertuah ini. Tanpa golongan mamak, siapa lagi yang memberi saingan dalam bentuk ekonomi. Bayangkan. seseorang yang mengunjungi Malaysia boleh berbelanja dengan RM2 saja untuk kenyang perut saja, kalau bukan di restoran mamak ini. Mana ada dalam dunia ini, anda boleh berbelanja sebegitu murah semata-mata untuk berlapik perut.


Sumber Berita : Berita Harian, 2005-07-10,

kas-kas penyedap makanan





Kas-kas mula digunakan untuk pelbagai tujuan lebih 3,000 tahun lamanya.
Nama saintifiknya ialah ‘Papaver somniferum’ .
Digunakan sebagai rempah sejak kurun pertama Masehi.
Kajian mendapati kas-kas digunakan sebagai ubat .
Antara negara pengeluarnya ialah Perancis, Colombia, India, Pakistan dan Turki.
Penggunaannya dalam masakan hanya dalam kuantiti kecil .
Pengambilan bahan itu dalam kuantiti sedikit sebagai ramuan penyedap makanan


buah pelaga membunuh lipas


 
seorang kawan menceritakan lipas takutkan buah pelaga.
cubalah kalau nak tahu......


memetik buah pelaga






buah pelaga sebagai pencuci gigi





orang mesir kuno dikatakan menggunyah biji buah pelaga sebagai pencuci gigi.
sementara orang roman dan greek menggunakan sebgai ramuan wangian.
masyarakat timur tengah pula menggunakannya di dalam minuman kopi mereka.



Saturday 11 February 2012

pokok buah pelaga



pelaga


Sekali pandang macam pokok lengkuas. Tapi sebenarnya pokok ini digelar sebagai pokok pelaga atau nama saintifiknya Elattaria cardamom. Dipercayai air rebusan daripada rizom/ubi pokok ini dapat mengecutkan rahim ibu selepas bersalin dan membuang angin dalam badan.

Tidak banyak Maklumat sebenarnya saya dapat mengenai pokok ini. Kalau buah pelaga atau biji pelaga biasalah saya melihatnya. Kalau mengikut rujukan, memang buah pelaga dipanggil dengan nama “Cardamom” dan ia adalah satu famili dengan lengkuas dan halia. Adakah buah pelaga daripada pokok di atas ini. Saya sendiri kurang pasti sebab saya pun tak pernah lihat pokok jenis ini berbuah.


sumber dari:fazlisyam.com

manggo lasi ala buah pelaga





BAHAN-BAHAN:
¼ sudu kecil serbuk buah pelaga
1 cawan yogurt asli
4 ketul ais
¾ cawan mangga masak/ranum
2 sudu besar gula

CARA-CARA:
1. Kupas kulit mangga dan blend isinya2. Masukkan semua bahan diatas dan blend sekali lagi sehingga semua bahan sebati.



sumber dari:resipiunilys.blogspot.com

sup bunjut ada buah pelaga




Bahan A

1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 bunga cengkih
3 buah pelaga

B

1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada putih
3 keping kelopak bunga lawang
sedikit buah pelaga yang di pecah-pecahkan
secubit mustard seed(biji sawi??)
secubit biji poppy
1/2 sudu teh jintan manis

Pecah2kan bahan B...tak perlu hancur sgt.
masukkan ke dalam kain kasa, ikat dengan benang.
siap untuk digunakan.



sumber dari:vanillaessen.blogspot.com

teh buah pelaga





Syai Adni.
Teh yang dicampur dengan serbuk buah pelaga.


sumber dari:na5wa.com

minuman herba buah pelaga





Minuman amalan harian untuk menambah kesihatan tubuh dengan melancarkan aliran darah, membuang angin tidak baik dalam badan, mengurangkan lelah, sakit sendi, sengal-sengal tulang, meningkatkan imuniti terhadap penyakit dan kecergasan . Secara tidak langsung menambah tenaga batin bagi lelaki dan perempuan. Amalkan selama 44 hari.
(Ramuan: Kayu Manis, Buah Pelaga, Lada Hitam, Cengkih, Bunga Lawang, Kunyit dan Halia)

Khasiatnya:

  • Melancarkan peredaran darah
  • Membuang angin-angin dalam badan
  • Menghilangkan rasa letih
  • Membuang toksid
  • Menambah tenaga dalam
  • Menghilangkan sakit sendi
  • Melegakan kembung dan senak ulu hati
  • Mengembalikan kecergasan badan
  • Memulihkan ketahanan badan
  • Menghilangkan sengal-sengal tulang

Cara guna:

Rendamkan 1 uncang ke dalam segelas air panas mendidih selama 10/15 minit lalu diminum waktu pagi dan malam. 1 uncang boleh digunakan untuk 4 gelas air. Tidak disyorkan mengulang guna uncang yang telah diguna melebihi 1 hari. Sebelum minum hendaklah dibaca Bismillah dan selawat terlebih dahulu. Amalkan minum selama 44 hari. Rendaman campuran serbuk rempah ratus tersebut boleh juga dimakan.


saffron -rempah paling mahal






Biasanya dalam masakan kita dah kenal dengan rempah-ratus seperti kulit kayu manis (cinnamon), ketumbar (coriander), jintan manis (fennel), jintan putih (cumin), halba (fenugreek), buah pelaga (green cardamon), bunga lawang, biji sawi, lada hitam, lada putih dll…tapi rasanya tak ramai yang biasa dengar pasal Saffron ni…
Ia berasal dari perkataan Arab, ‘Za’faran’ bermaksud kuning dan dalam bahasa melayu pula dikenali sebagai ‘Koma-Koma’. Sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi dan antara khazanah alam termahal di dunia. Terkenal sejak ribuan tahun dahulu dalam perubatan, wangian, pewarna dan perasa.
Sekuntum bunga Saffron hanya mengeluarkan 3 stigma merah dan proses pengutipan, pengasingan hinggalah kepada pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Bayangkan lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan untuk mendapatkan 1 kg Saffron kering. Sebab itulah ia antara herba yang paling mahal kan… tapi dalam masakan biasanya hanya digunakan sikit je untuk mendapatkan warna kekuningan dalam masakan. Sesuai digunakan sebagai pewarna dan mewangikan Nasi Minyak, Nasi Bukhari, Nasi Beriani dll…..



sumber dari:deardiary.azhira.com

teh arab buah pelaga



164042_1838115071541_1200428450_32198950_4710489_n



ayam buah keras


 



1 Kg Chicken (Cut into small pieces)
Fresh Chilies – 2 handfuls (can add some dried chillies for extra redness.
Shallots (a handful)
Candle nuts (A handful)
A bit of tumeric.
3 stalks of lemon grass (just smack with back of knife)
Kafir Lime leaves (slice into shreds)


Method;
Blend chillies, shallots, tumeric and candle nuts.
Add chicken, lemon grass and chilli paste into a wok.
Cook until tender, then add a little bit of oil.
Add kafir lime leaves and salt.
Stir fry until meat are well done.


sumber dari: cabbageboo-boos.blogspot.com


buah keras pemekat kuah



Buah Keras



Buah keras kerap didapati dalam masakan Indonesia dan Malaysia. Ia digunakan untuk rasanya dan sebagai pemekat kuah. Ia selalunya dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk memekatkan dan menyedapkan rasa masakan berkari. Buah keras harus dimasak sebelum dimakan, kerana ia tinggi kandungan toksik apabila mentah.

Di luar Asia Tenggara, kacang macadamia kadang-kala digunakan sebagai ganti buah keras, kerana ia mengandungi kandungan minyak dan tekstur yang sama apabila ditumbuk. Walaubagaimanapun, rasanya berlainan kerana buah keras lebih pahit.


sumber dari: trymasak.my

pokok buah keras





sumber dari: jomkepandan.blogspot.com

minyak rambut buah keras



Kimipack Minyak Rambut Buah Keras


Dipakai sekali sehari waktu malam atau pagi.
Sapukan pada rambut sehingga kena kulit kepala secukupnya.
Berkhasiat untuk melebatkan dan menyuburkan rambut.
Mengelakkan rambut dari gugur, tipis, menjadi merah, kering, bercabang, pecah dan berbuah.